Kasih ibu membawa ke syurga, ayat yang boleh dikatakan sepadan dengan situasi ini. Bahkan, ia mengingatkan kita dengan kisah seorang pemuda pada zaman Rasulullah SAW iaitu Uwais al-Qarni, seorang pemuda yang tak pernah kenal erti penat dalam menjaga ibunya yang lumpuh.
Malah, dia sanggup mendukung ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Makkah demi menunaikan hajat ibunya untuk mengerjakan ibadah haji. Kisahnya yang dipandang mulia ketika di zaman Rasulullah SAW itu menjadi teladan sehingga ke hari ini sebagai panduan kepada seorang anak untuk taat kepada ibunya.
Dalam video tular di TikTok yang telah meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan dalam masa 3 hari ini membuatkan netizen mengimbau kegigihan pemuda dalam video itu dengan kisah Uwais al-Qarni. Biarpun berlainan kisah, tapi situasi ini dianggap seakan sama.
Seorang pemuda ini mendokong wanita warga emas yang dikatakan ibunya untuk mencium Kaabah, ia dibantu oleh seorang wanita muda. Setelah mereka berjaya membawa si ibu, mereka dilihat berpelukan sambil menangis.
Selain mengimbau usaha mereka seperti Uwais al-Qarni, ramai juga yang mencemburui mereka yang dapat berbakti dengan ibu di tanah suci. Ramai netizen yang berdoa agar mereka juga dapat melakukan perkara seperti ini terhadap ibu mereka sendiri.
Sebak la bila tengok ni, doa mudah-mudahan kita semua dapat berbuat baik dengan ibu sendiri sebaik-baiknya.
Baca juga: Lelaki selamba keluar kereta sambil berbogel di jalan raya