Sebar maklumat dalaman, isteri pelawak terkenal kena tatatertib

Sebelum ini, tular kisah seorang pelawak dan isterinya yang direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, isteri pelawak tersebut yang juga seorang anggota polis akan dikenakan tindakan tatatertib susulan penyebaran maklumat tersebut.

Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 25 Julai lalu.

Mohd Iqbal juga menyatakan bahawa setakat ini, tiada sebarang pertuduhan akan dibuat ke atas pelawak itu dan isterinya. Namun, isterinya akan dikenakan tindakan oleh jabatan.

Terdahulu, telefon bimbit pelawak dan isterinya turut dirampas bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sumber: Harian Metro

Baca : JDT sambar pemain tengah dari Perancis, ini duit yang dibelanja