Kisah dan keputusan setiap selebriti untuk berhijrah sememangnya menarik untuk diikuti kerana menyimpan kisah tersendiri.
Tidak dinafikan sebilangan selebriti yang berhijrah dengan memakai tudung dilihat memperoleh rezeki lebih dengan limpahan tawaran kerja.
Mengimbau Kembali Proses Penghijrahan
Itu untuk sebilangan selebriti, tetapi tidak untuk Melly Goeslaw. Dalam satu temubual di Youtube The Sungkars, Melly Goeslaw mengimbau kembali proses penghijrahannya.
Katanya, pada saat dia mula membuat keputusan untuk bertudung, dia tidak seperti orang lain yang akan serta merta mendapat pelbagai tawaran.
Bila saya mula pakai tudung, saya tak macam orang lain. Kalau saya nampak orang lain, akan serta-merta dapat endorsement atau sebagainya.
Saya tidak mempunyai pekerjaan selama dua tahun. Dua tahun saya tidak mempunyai pekerjaan langsung!
Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan selama dua tahun selepas dia memilih untuk bertudung.
Tidak Pernah Menyesal
Selepas itu, pekerjaan pertama datang dari penyanyi agama Opick. Walaupun bayaran yang diterimanya tidak terlalu besar, Melly tetap melakukannya.
Biarpun tidak pernah mendapat pekerjaan, dia tidak pernah menyesali keputusan untuk bertudung malah Melly Goeslaw terus berfikiran positif.
Katanya juga, selain berfikiran positif, suaminya merupakan orang kuat yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.
Bukan itu sahaja, suaminya juga turut memaklumkan perubahan yang berlaku terhadap Melly selepas bertudung apabila dia kelihatan lebih ceria semasa berada di tempat kerja.
Baca Selanjutnya :