Demi kelangsungan hidup dalam ekonomi yang mencabar, suami tergamak beri izin isteri temani jiran tidur dibayar RM15.
Kesempitan hidup memaksa Mohd Mazlan Zainol, 45, dan isteri serta tiga anak mereka berusia 10 hingga 14 tahun, mendiami rumah sempit di Kampung Sentosa, dekat sini, sejak 12 tahun lalu.
Namun, pesawah yang turut mengambil upah melakukan kerja kampung itu bersyukur kerana isteri, Noor Yanti Suraya Ramli, 40, bersama dua anak lelaki serta seorang anak perempuan, tidak pernah sesekali merungut walaupun hidup serba kemiskinan.
Kata Mohd Mazlan, rumah mereka sekarang dibina bersama bapanya 12 tahun lalu dengan modal RM3,000 disumbangkan ahli keluarga bagi membeli bata serta papan untuknya membawa isteri dan anak sulung yang ketika itu berusia dua tahun berpindah dari rumah pusaka keluarga di lokasi agak jauh dan terpencil.
Baca : JODOH! Pengetua Tahfiz Bertunang Anak Murid Sendiri Lepas Terpikat Dengan Kecantikannya
“Ibu pernah meminta kami tinggal bersamanya, namun isteri tidak selesa. Ibu kemudian memberi cadangan kami bina rumah tidak jauh dari situ (rumah ibu),” katanya yang ditemui pada program Ziarah Kasih Ramadan (ZIKIR) anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, hari ini.
Katanya, dalam keadaan serba kekurangan dan kekangan modal ketika itu, dia dan bapanya berjaya membina rumah didiami sekarang, namun ia kini sudah mula reput dengan kayu dimakan anai-anai dan dinding diperbuat daripada zink juga sudah rosak.
“Ketika itu, saya hanya fikir untuk beri tempat berteduh buat isteri dan anak. Selepas rumah terbabit siap, anak kedua saya dilahirkan disusuli anak bongsu dua tahun kemudian..”
..”Lama kelamaan, semua anak sudah besar dan rumah juga hanya tunggu masa untuk roboh, namun kami terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan,” katanya.
Baca : KASIH CIKGU : Tetap Mengajar Anak Murid Dalam Kelas Walaupun Pakai Alat Pernafasan
Isteri dapat upah RM15 teman jiran tidur
Menurutnya, rumah terbabit hanya mempunyai satu bilik tidur dan setiap malam, isteri serta anak perempuannya akan menumpang tidur di rumah jiran mereka yang juga seorang wanita warga emas.
“Secara kebetulan, jiran itu tinggal berseorangan dan dia bayar isteri saya RM15 setiap malam kerana menemaninya. Saya anggap itu rezeki kerana wang terbabit sedikit sebanyak dapat membantu menampung hidup kami.
“Hasil bersawah tidak menentu, malah ia juga akan dikongsi dengan ahli keluarga lain. Saya turut ambil upah meracun atau potong rumput di kawasan sekitar,” katanya yang akan menyimpan wang diperoleh untuk perbelanjaan sekolah anak-anak berbanding perkara lain.
Walaupun dihimpit kemiskinan, dia yang turut menerima bantuan RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bersyukur kerana anak-anak tidak pernah merungut malah mereka menjadi penghibur ketika di rumah.
“Sebagai suami dan bapa, saya memang sedih kerana gagal menyediakan tempat lebih selesa buat keluarga, namun mujur mereka faham. Malah, hampir setiap hari saya akan berpesan kepada anak supaya beri tumpuan kepada pembelajaran demi masa depan kerana tidak mahu mereka susah seperti saya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Mohamad Zaini Mohamud, berkata pihaknya dimaklumkan yang permohonan Mohd Mazlan untuk membina rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berhampiran kediaman sekarang bakal diluluskan dalam tempoh terdekat.
Baca Selanjutnya :
JODOH! Pengetua Tahfiz Bertunang Anak Murid Sendiri Lepas Terpikat Dengan Kecantikannya