SETELAH seharian penat berkerja, pastinya kita ingin pulang ke rumah dan berehat tanpa sebarang gangguan.
Tiba-tiba ternampak pula serangga perosak seperti lalat dan lipas yang entah dari mana datangnya!
Jangan risau, melalui satu posting @rasa.my di laman TikTok, ada dikongsikan petua do it yourself (DIY) untuk menghalau serangga-serangga ini.
Teknik pertama.
Guna rempah-ratus
Bahan-bahan:
1) Bunga lawang
2) Cengkih
3) Lada hitam
4) Minyak angin
Langkah-langkah:
1) Masukkan kesemua rempah ratus ke dalam kain jaring.
2) Selepas itu, masukkan beberapa titis minyak angin ke dalam campuran rempah ratus itu.
3) Bunjutkkan ia dan letak di tempat yang selalu ada serangga perosak.
Teknik kedua.
Guna buah limau
Bahan-bahan:
1) Pencungkil gigi
2) Cengkih
3) Lilin
4) Limau
Langkah-langkah:
1) Belah limau kepada dua bahagian.
2) Cucuk cengkih di atas permukaan limau yang sudah dibelah.
3) Kemudian cucuk pula pencungkil gigi, jarakkan sedikit dari cengkih tadi.
4) Letakkan lilin di tengah-tengah dan tutup dengan satu lagi bahagian limau di bahagian atas.
Selamat mencuba dan semoga bermnafaat!
Baca juga: Pemuda raba, cium anak jiran darjah 2 tepi tangga PPR