Sejak baby pandai pakai laptop, pemuda usia 18 tahun kini jutawan

Bukan senang untuk menjadi jutawan terutamanya jika tiada ilmu pengetahuan yang tinggi.

Seorang pemuda berkongsi kisah Sam Altman atau nama sebenarnya Samuel Harris Altman.

Beliau adalah pengasas bersama Loopt dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, presiden Y Combinator dan Ketua Pegawai Eksekutif Reddit.

Sejak baby pandai pakai laptop, pemuda usia 18 tahun kini jutawan

Di bawah adalah perkongsian saudara Emir Ramli.

Aku rasa mamat ni adalah orang paling ‘gila’ sekarang ni. Nama dia Sam Altman, umur baru 38 tahun (Lahir 1985). Sam adalah teknokrat Amerika, programmer dan juga pelabur.

Kenapa aku cakap dia ‘gila’ sebab boleh dikatakan jejak ‘DNA’-nya ada di kebanyakan syarikat pemula (start-up) terkemuka dunia.

Antara syarikat portfolionya termasuk Airbnb, Stripe, Reddit, Asana, Pinterest, Teespring, Shoptiques, Instacart, Optimizely, Verbling, Soylent dan Retro Biosciences.

Di umur 19 tahun lagi dia dah jadi jutawan di mana “Loopt” – satu aplikasi mobile jaringan sosial media yang dia asaskan diambil alih dengan harga RM199.7 juta (US$43.4 juta)

Sekarang dia adalah CEO OpenAI yang mengasaskan ChatGPT. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga untuk Helion dan Oklo, dua syarikat tenaga nuklear.

Lebih menarik, dia juga seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg, pelajar universiti dropped out tak habiskan pelajaran di Universiti Stanford.

Tanpa degree dan hanya sempat habiskan setahun belajar sahaja!

Tapi dia dapat komputer peribadi sendiri sejak umur dia 8 tahun lagi! So mak dan bapa jangan halang anak kalau dia nak main atau hancurkan komputer.

Mungkin ada potensi jadi programmer yang berinovasi satu hari nanti.

Baca juga: Bau minyak diesel dikesan di Sungai Gombak, satu sungai berbuih