Sekali RM 1juta terus Puteri Sarah pemfitnah

Puteri Sarah Liyana, 39 tahun, telah mengambil langkah undang-undang dengan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap seorang pegawai pemasaran yang dikenali sebagai Nazatul Nazira.

Tindakan undang-undang ini dilakukan selepas individu tersebut didakwa telah menfitnahnya dengan tuduhan menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini, yang menyebabkan beliau mengalami kerugian.

Beliau menyatakan, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” menekankan betapa seriusnya kesan dari tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Sekali RM 1juta terus Puteri Sarah pemfitnah

Puteri Sarah turut mengeluarkan kenyataan melalui Instagram untuk menegaskan bahawa terdapat lima bukti kenyataan fitnah yang telah dibuat sebelum ini, termasuk tuduhan bahawa beliau mengambil dadah.

Selain dari tuduhan tersebut, individu tersebut juga disebut telah menggelarnya sebagai bodoh sombong, menyara atau membela individu bernama Andy, serta menganggapnya sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.

Puteri Sarah menuntut individu tersebut untuk menarik balik kenyataan fitnah yang telah dibuat dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya. Selain itu, beliau juga menuntut agar dikeluarkan perintah injunksi bagi menghalang individu tersebut daripada menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan dengan perkara tersebut.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah mendedahkan bahawa individu tersebut telah membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melalui beliau dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok.

Menurutnya, mereka telah bekerjasama sejak Oktober tahun lalu untuk projek pemasaran produk, tetapi kerja yang dilakukan tidak mencapai piawaian yang dikehendaki.

Puteri Sarah juga telah cuba menagih balik wang tersebut, namun individu tersebut mendakwa bahawa beliau adalah mangsa aniaya dalam sebuah program televisyen.

Baca Juga : Jangan remehkan masalah gigi berlubang kanak-kanak, ia amat bahaya