Nia Ramadhani sekali lagi menimbulkan kontroversi di kalangan netizen setelah memuat naik gambar yang mendapat kritikan kerana dianggap kurang sopan untuk tatapan umum.
Dalam gambar yang dikongsi di Instagram, Nia terlihat bersama anak sulungnya, Mikhayla, mengenakan gaun ungu yang agak terdedah dan seksi semasa merayakan sambutan tahun baru 2024.
Kritikan tidak terkecuali, di mana netizen menegur Nia kerana dianggap tidak menjaga aurat sebagai seorang Muslim, meskipun beliau telah bergelar hajah.
“Haihh, walaupun sudah bergelar hajah, penampilan tidak berubah sedikit pun, apalagi untuk tatapan umum,” tulis seorang netizen.
Selain itu, anaknya, Mikhayla, turut menjadi sasaran kecaman kerana dipercayai memakai pakaian yang dianggap tidak sesuai dengan usianya yang baru genap 11 tahun.
“Kasihan anak perempuan dia, diajar untuk membuka auratnya. Anak dia pakai baju macam orang dewasa, seolah-olah tidak sesuai dengan umurnya,” komen seorang netizen di media sosial.
Kontroversi ini sekali lagi menimbulkan perbincangan mengenai etika berpakaian dan nilai-nilai moral, khususnya dalam kalangan selebriti dan keturunan mereka, yang sering menjadi tumpuan awam.
Baca Juga : Kecoh sangat bila nampak reaksi warga Korea makan masakan Malaysia