Selalu Termasuk Dalam Group Merapu Telegram? Ini 5 Cara Mudah Nak Elak Kena ‘Invite’ Yang Ramai Tak Tahu

Pernah tak tiba-tiba termasuk group Telegram merapu tanpa sedar, ini cara untuk elak yang ramai nak tahu

Antara kaedah pemasaran adalah menjalankan aktiviti iklan di media sosial, samada kaedah berbayar atau percuma.

Namun disebabkan lambakan iklan yang berselerak di media sosial. Pengguna media sosial mula rasa tidak selesa dan menyampah dengan iklan tanpa henti.

 

Anda guna telegram, selalu kena jemput dalam group iklan atau forex?

Tidak kira apa sahaja platfom media sosial atau medium perbualan seperti whatsApp dan Telegram.

Lambakan mesej iklan membuatkan kita rasa tidak selesa dan tidak mahu berada lama dalam platform berkenaan.

Pernah anda sering dijemput ke dalam group iklan, ini banyak berlaku kepada pengguna Telegram.

Group yang sering di jemput adalah seperti group iklan apa sahaja, group forex dan sebagainya.

Keadaan ini menyebabkan privasi yang anda miliki telah diganggu.

Kali ini, ada pengguna berkongsi bagaimana cara mudah nak elakkan daripada dijemput ke dalam group telegram.

Kaedah ini adalah bertujuan untuk memelihara privasi anda sebagai pengguna media sosial, khususnya platform yang melibatkan Penggunaan no telefon.

Langkah- Langkah Elak dari dijemput ke group telegram iklan.

Cara Elak Dari dijemput ke group Telegram.

1. Masuk ke Telegram anda

2. Pergi ke bahagian setting

3. Pilih bahagian ‘privacy and security’

4. Klik ‘group and channel’

5. Ada dua pilihan samada everybody atau myc contacts.

6. Anda pilih my contacts.

Dengan cara ini, hanya mereka yang anda simpan sebagai kenalan anda sahaja boleh menjemput anda ke dalam group.

Selepas menggunakan kaedah ini, ruangan Telegram anda tidak lagi penuh dengan group iklan tetapi lebih fokus kepada Group atau channel yang anda sendiri ingin sertai sahaja.

Baca Selanjutnya :

Isteri Lari Dengan Lelaki Lain Lepas Suami Cacat Kemalangan, Lepas 3 Tahun Terduduk Tengok Perubahan Dudanya

“Masa Buat Assignment Pun, Selamba Aja Cakap Nak Bawak Pakwe Masuk Rumah Sekejap”-Pelajar IPT Buntu Kawan Serumah Kerap Angkut Lelaki Ke Rumah Sewa

KEJAM!!! : Mayat Di Tengah Laut, Perut Dibelah, Leher Diikat Batu