Selamba je lelaki ni hulur tangan dalam mulut buaya, sekali ini yang jadi

Seorang nelayan di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan terkejut apabila menemui seekor buaya berukuran lebih 1 meter panjang tersangkut pada jaringnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kaltimtimes, penduduk tempatan dilihat berkumpul untuk menyaksikan reptilia tersebut.

Ia turut dikerumuni oleh kanak-kanak yang melihat buaya itu pada jarak dekat.

Mereka dengan selamba memegang badan buaya yang masih hidup itu, seolah-olah tidak berasa takut.

Rakaman itu turut memaparkan seorang penduduk tempatan memasukkan tangan ke dalam mulut repitlia tersebut.

Buaya itu bagaimanapun dilihat hanya berdiam diri dan tidak bergerak.

Baca : Jambatan popular di China runtuh, ramai yang mati