Selepas 13 tahun menghilang, penyu terbesar di dunia tiba-tiba muncul di pantai

Selepas 13 tahun menghilang, penyu terbesar di dunia tiba-tiba muncul di pantai

Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan. Spesis penyu adalah haiwan reptilia laut yang sememangnya diancam kepupusan akibat pencemaran.

Namun, di Kalimantan Barat (KB), penduduk di kawasan Pantai Paloh menzahirkan rasa gembira kerana spesis penyu rare didapati mendarat setelah sekian lama.

4 spesis penyu didapati naik ke kawasan perairan serta pesisir pantai di Kecamatan Paloh, Kabupaten Sambas, KB. Spesis tersebut adalah penyu hijau, penyu sisik, penyu lekang dan penyu belimbing.

Selepas 13 tahun menghilang, penyu terbesar di dunia tiba-tiba muncul di pantai

Di Pantai Paloh, spesis penyu yang sering mendarat adalah spesis penyu hijau dengan peratusan sebanyak 98%.

Sehingga kini, lebih daripada 1,000 ekor penyu telah mendarat yang mana majoritinya adalah penyu hijau.

Manakala, bakinya adalah penyu sisik dan penyu lekang. Penyu belimbing pula adalah spesis yang sangat sukar ditemui.

Penyu belimbing mendarat setelah 13 tahun ‘menghilang’

Penyu-penyu itu mendarat pada 15 September, Rabu pada jam 1.45 pagi waktu Malaysia (12.45 pagi Waktu Indonesia Barat WIB) di sektor 4 Pantai Sungai Belacan, iaitu kira-kira 2 kilometer dari Pos Pengawal Penyu.

Paling menggembirakan, seekor penyu belimbing, spesis penyu yang sangat jarang itu juga turut hadir di Pantai Paloh untuk bertelur.

Berita Penuh : https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/penyu-terbesar-di-dunia-mendarat-di-pantai-paloh-kalimantan-barat-setelah-13-tahun-tidak-kelihatan/

BACA JUGA :
Menyamar “kerabat istana” lelaki ugut teman sejenis sebar video bogel
(VIDEO) Abang polis menangis ketika bertugas, terima berita ibubapa ditidurkan
Jepun beri amaran kepada warganya, kemungkinan ada ancaman keganasan di Malaysia