Selepas Yasin petik nama Syed Saddiq isu ganja di mahkamah, ini respon MP Muar. Ahli Parlimen (AP) Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini tampil menjawab salam dan pesanan yang disampaikan oleh penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang didakwa di mahkamah hari ini.
Berucap di Dewan Rakyat petang ini, beliau menegaskan pendiriannya tidak berubah berkenaan penggunaan hem dan kanabis untuk perubatan.
Katanya, kerajaan wajar segera meluluskan penggunaan hem dan kanabis untuk perubatan seperti yang telahpun dilaksanakan di lebih 40 negara termasuk negara jiran, Thailand.
“Saya berharap kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang jelas dan telus dipandu oleh data dan sains berkaitan baik dan buruknya hem dan medical marijuana,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, nilai market semasa industri hem dianggarkan RM60 bilion dan dijangka mengujur sehingga RM400 bilion dalam tempoh 4 tahun mendatang.
“Kita tak nak Malaysia ketinggalan membincangkan isu ini hanya kerana ianya sensitif, sedangkan sains dan data menunjukkan industri rokok dan arak lebih bahaya dari industri hem” tegasnya.
@syedsaddiq Saya doakan Yasin dapat pembelaan yang terbaik di mahkamah.Pendirian saya tidak berubah.We should legalise Medical cannabis NOW!Follow the science & data.Ini ucapan saya di Parlimen. #fyp ♬ original sound – Syed Saddiq
Menurutnya lagi, ramai anak muda berdepan masalah kesihatan dan mungkin boleh dibantu dengan penggunaan hem sebagai rawatan alternatif seperti diamalkan di negara lain.
Kerajaan juga ujarnya perlu mewujudkan jawatankuasa khas yang disertai kementerian-kementerian berkaiatan bagi membincangkan isu ini.
Terdahulu, ketika ditemui pemberita di mahkamah, Yasin menggesa Syed Saddiq segera memperjuangkan hak menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.
Syed Saddiq di akaun tiktoknya bagaimanapun turut mendoakan agar Yasin mendapat pembelaan di mahkamah.
TONTON :
BACA:
Maybank tawar program biasiswa 2022 untuk pelajar, ini cara mohon
Lelaki ini dedah identiti sebenar pelajar diherdik pensyarah
Naim Daniel kongsi pengalaman buat lagu Siti Sarah, “tulis pun rasa sayu dah..”