Ramai yang buat urusan pembelian di TikTok hari ini. Namun tak semua akan berakhir dengan kegembiraan bila ‘parcel’ dah sampai ke rumah.
Pengalaman ini dikongsikan oleh seorang pengguna FB, Aini Noraini apabila berurusan dengan penjual TikTok yang tak mahu bertanggungjawab kerana memberi barang yang berbeza dari yang dijanjikan ketika sesi jualan langsung TikTok
Ikuti penulisan beliau…
Beli tudung bawal batu 5 helai di tiktok live..Bila sampai, tudung bawal takde batu. Bukan apa yang di oder. Harga pulak berbeza.
Chat dengan seller kat chat tiktok..Seller bagitau nak pos semula tudung bawal batu.
Seminggu tunggu, barang tak sampai jugak. Mintak seller nombor tracking, macam-macam alasan.
Bila dah penat, terus buat aduan kat KPDN. Pantas tindakan KPDN. Bila maklumat lengkap, esoknya KPDN terus call tanya cerita semua.
KPDN buka kertas siasatan dan call seller untuk selesaikan masalah segera sebelum kena saman.
Seller dah gelabah kena call dgn pegawai KPDN, terus dia pos semula semua tudung batu tu. Siap dengan nombor tracking seller bagi.
Pegawai KPDN ajar, kalau seller tak pos semula tudung tu, bagitau je KPDN akan proceed dengan saman..terus seller call mintak maaf, dia kata parcel hilang dan macam-macam la alasan dia..
Bila tanya, tudung yang takde batu ni nak pos ke camne, dia kata ambik jela..skrg ni ada 10 helai tudung, rezeki Allah.
Tula, lain kali jgn main-main dengan buyer 🤭😅Siapa yang ada masalah dengan seller dan tak jumpa jalan penyelesaian selepas perbincangan dibuat, boleh terus buat aduan di link ni.
Baca Selanjutnya :
‘Selfie’ Gambar Berbikini-Netizen ‘Sekolahkan’ Nur Sajat
“Moga Kekal Ke Jannah”-Gambar Berduaan Di Genting Highland, Nabila Razali Sudah Punya Buah Hati?
Teringin ‘Bersama’ Tapi Takut? Ini 7 Posisi Intim Bagus Ketika Isteri Hamil Yang Patut Dicuba