Semerbak bau, ini resepi ayam goreng mak mertua yang sedap gila

Hanya menyebut ayam goreng, pastinya menu ini akan menjadi pilihan kegemaran bagi sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Terdapat pelbagai jenis resepi ayam goreng menggunakan pelbagai bahan agar rasa yang lebih memikat. Apakah resepi yang unik ini?

Dalam perkongsian resepi daripada Puan Sakinah Hamid mengenai resepi ayam goreng dari ibu mentuanya, kita dapat melihat apa yang dimasukkan dalam perapan ayam goreng ini.

RESEPI AYAM GORENG BAU SEMERBAK DARI MAK MENTUA

Semerbak bau, ini resepi ayam goreng mak mertua yang sedap gila

Mak mentua memang pandai menggoreng ayam dengan haruman yang menyerlah, dan rasanya amatlah sedap. Apa rahsianya? Ternyata, garam kunyit memainkan peranan penting.

Bahan-bahannya:

– Bawang putih
– Kunyit hidup
– Garam dan serbuk kunyit

Cara penyediaannya:

1. Tumbuk bawang putih bersama kunyit hidup.
2. Tambahkan garam dan serbuk kunyit.
3. Perap sebentar sebelum digoreng.
4. Goreng sehingga rangup dan dinikmati dengan nasi panas. Pastinya akan meningkatkan selera makan.

Di Kelantan, ramuan garam kunyit ini sering dijual di kedai. Anda boleh mencubanya jika tiada masa untuk menyediakannya sendiri. Saya pun jarang berbuat demikian, tetapi hari ini saya mendapat hidayah. Oleh itu, saya berkongsi resepi ini di sini. Mari mencuba!

*Selamat mencuba!

Baca Juga : Sebab tak hormat Celine Dion jadi punca Taylor Swift kena belasah