Sempat beri ‘hint’ harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar

Sempat beri ‘hint’ harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar. Penuntut Jumpa Harta Karun Bernilai RM8.1 Juta Yang Jadi Rebutan Orang Ramai Selepas Pemiliknya Memberikan Hint Sebelum Meninggal Dunia.

Penuntut Jumpa Harta Karun Bernilai RM8.1 Juta Yang Jadi Rebutan Selepas Pemiliknya Memberikan Hint Sebelum Meninggal

Seorang penuntut perubatan di Amerika Syarikat (AS) menjadi jutawan segera selepas menemui harta karun di Gunung Rocky bernilai AS$2 juta (RM8.1 juta).

Sempat beri 'hint' harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar

Jack Stuef, 32, berasal dari Michigan itu menemui emas, batu permata dan artifak yang disembunyikan hartawan dan pengumpul barang antik, Forrest Fenn.

Lelaki itu menemui harta berkenaan di satu lokasi di Wyoming, 6 Jun lalu, selepas misi pencarian yang memakan masa dua tahun.Penuntut Jumpa Harta Karun Bernilai RM8.1 Juta Yang Jadi Rebutan Selepas Pemiliknya Memberikan Hint Sebelum Meninggal

Fenn yang meninggal dunia pada September lalu ketika berusia 90 tahun, pernah menulis mengenai peti harta karun itu dalam memoir The Thrill Of The Chase yang diterbitkan pada 2010.

Beliau turut memberikan petunjuk ke lokasi itu menerusi 24 ayat puitis.

Sempat beri 'hint' harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar

Laporan mengenai harta karun itu menyebabkan ribuan orang berusaha mencarinya dan dalam proses itu, dua individu disahkan meninggal dunia.Penuntut Jumpa Harta Karun Bernilai RM8.1 Juta Yang Jadi Rebutan Selepas Pemiliknya Memberikan Hint Sebelum Meninggal

Dalam pada itu, cucu lelaki Fenn, Shiloh Forrest Old pada Isnin lalu mengumumkan Stuef adalah individu yang menemui harta karun tinggalan datuknya itu.

Bagaimanapun, individu itu berkata, pihaknya berbuat demikian berikutan perintah mahkamah susulan satu tuntutan oleh pihak lain terhadap Stuef.Penuntut Jumpa Harta Karun Bernilai RM8.1 Juta Yang Jadi Rebutan Selepas Pemiliknya Memberikan Hint Sebelum Meninggal

Sempat beri 'hint' harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar

“Tahniah kepada Jack (Stuef) kerana menemui dan mengambil peti harta karun itu,” katanya.

Sebelum ini, Stuef menerusi laman web Medium mengakui dia individu yang menemui peti harta karun berkenaan.

Sempat beri 'hint' harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar

Ketika ditemu bual media, Stuef berkata, harta itu belum dijual dan kini disimpan di New Mexico.Penuntut Jumpa Harta Karun Bernilai RM8.1 Juta Yang Jadi Rebutan Selepas Pemiliknya Memberikan Hint Sebelum Meninggal

“Saya berpindah ke pangsapuri dengan kawalan keselamatan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan berkata, dia mahu menjual harta berkenaan untuk melunaskan pinjaman pelajarannya.

Tonton:

Baca:

Berani tepuk punggung janda di kilang, dah jadi kes polis pulak..

Reaksi monyet ni merajuk buat netizen terhibur, tak dapat naik motor punya pasal..

Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul