Semua pihak diseru untuk doakan kesembuhan buat Pengarah JBPM Selangor yang diserang strok

Semua pihak diseru untuk doakan kesembuhan buat Pengarah JBPM Selangor yang diserang strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira jam 6 petang kemarin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, Norazam dimasukkan ke hospital berikutan mengalami keletihan dan minor stroke atau angin ahmar ringan.

“Beliau kini dalam keadaan terkawal dan dalam keadaan sedar.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor masih diteruskan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, semua pihak diharapkan agar mendoakan agar kesihatan Norazam kembali pulih.

Pada Jumaat, seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi di tapak perkhemahan Hilltop di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini.

BACA JUGA:

Dibenarkan tangguh, namun keputusan mahkamah penjara sebulan adalah dikekalkan

November ke Disember, kini ke Jun 2023, kes rasuah solar hibrid Rosmah Mansur

Strong, formidable, convincing, kini bukan lagi bahan ejekan, tetapi tanda keunggulan PMX