Semua tak perasan, penguatkuasa menyamar jadi pelanggan kantoikan minyak paket disorok

Kejadian peniaga yang menyembunyikan bekalan minyak masak peket bersubsidi di dalam premisnya telah terdedah selepas pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melaksanakan serbuan semalam dalam Ops Samar.

Serbuan itu dijalankan di sebuah kedai runcit di Mak Mandin, Butterworth. Pengarah serbuan, S. Jegan, menyatakan bahawa tindakan menyorok minyak masak peket itu dapat dikesan setelah pasukannya menyamar sebagai pembeli tempatan.

“Waktu uji beli minyak masak peket, seorang lelaki yang menjaga kaunter memberitahu bahawa minyak masak peket tiada dan akan diterima selepas Tahun Baru Cina.

Semua tak perasan, penguatkuasa menyamar jadi pelanggan kantoikan minyak paket disorok

Selepas pemeriksaan lanjut, kami menemui 26 paket minyak masak peket satu kilogram yang disembunyikan di dalam tong plastik di premis tersebut,” katanya kepada pemberita petang tadi.

Berikutan itu, tindakan sita telah diambil terhadap barangan kawalan tersebut bersama resit daripada pembekal pada harga RM65.

Jegan menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, dan jika terbukti bersalah, penalti termasuk denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi bukan pertubuhan perbadanan.

“Bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta, manakala kesalahan kedua boleh didenda tidak melebihi RM5 juta,” tambahnya.

Baca Juga : Tengok filem barat banyak Pancake, ini resepi buat Pancake sedap, lembut sampai esok