Puding coklat oreo memang sedap dimakan sejuk-sejuk dan sudah tentunya menjadi hidangan kegemaran anak-anak.
Kalau nak cuba buat di rumah, boleh cuba resepi perkongsian Puan Fauziah Yahya di bawah.
Bahan-bahannya pun mudah sahaja dan hanya mengambil masa kurang 1 jam untuk menghasilkannya. Jom cuba.
PUDING COKLAT OREO
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar/25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo/coklat
1 bungkus Oreo 137gram
Cara-cara:
1. Panaskan agar-agar bersama air sehingga larut.
2. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.
3. Bila dah larut, masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih.
4. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
5. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya biskut sekata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.
6. Ketepikan dan biarkan keras. Jangan terlalu keras.
7. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan serbuk Milo atau coklat. Kacau sehingga Milo hancur dan sebati.
8. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.
Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya :
- Penyanyi Dari Kumpulan Popular BTS Korea Enggan Minta Maaf Isu Lagu Hina Agama Islam, Dia..
- Viral Sebab Kena Marah Cikgu Datang Sekolah Pakai ‘Make-Up’, Sedih Ammara Terubat Bila Dapat Bergambar Dengan Agong
- Kenapa Ramai Orang Melayu Tertipu Dengan Tanah Lot Lidi? Walhal Tanah Jenis Ini Sangat Berisiko Namun Ramai Tak Ambil Peduli…