Bantal adalah pelapik membuat setiap orang dibuai mimpi indah. Sesetengah orang juga tidak boleh lena jika tiada ‘bantal busuk’ mereka.
Namun tahukah anda, bantal juga menjadi sarang kotoran berkumpul tanpa kita sedar. Jika tidak dicuci secara berkala, minyak, kotoran peluh, debu, habuk dan juga kuman mudah membiak pada bantal.
Oleh itu, sesetengah bantal mudah bertukar warna dari putih ke kekuningan atau lebih teruk berkerak kerana tidak dicuci. Perkara ini boleh mengundang masalah kesihatan, lebih-lebih lagi bantal ini digunakan oleh kita setiap kali tidur.
Jadi, SK hari ini akan berkongsikan tip mencuci dan menghilangkan tompok pada bantal tidur menerusi perkongsian Wrappedby Lea di bawah.
Putihkan Semula Bantal Busuk Yang Kekuningan
Salam lemonista semua. Harini kan Lea punya aktiviti dekat rumah ialah sort barang nak balik raya nanti dan sempat la Lea menyental bantal tidur yang dah start penuh peta air liur dan rambut basah.
Stain kuning ni jadi salah satunya peluh kepala kita, rambut basah, dan juga air liur basi. Lama-lama dia jadi kuning macam peta minda hahaha geli weh.
Lepastu dah start kulit muka naik jerawat sebab dah terlalu kotor sangat bantal tu. Harini Lea sental cara ini jom tengok.
Cara cuci bantal dan hilangkan kuning
Pertama, campurkan air sebaldi dengan 2 scop detergent wangi pastu masukkan cuka 1 scop. Kenapa letak cuka? sebab cuka bertindak sebagai pembasmi kuman.
Kedua, kacau lepastu ambil berus sental bantal yang penuh dengan peta sampai hilang.
Ketiga, manual perah pakai tangan. Dan jemur dekat bawah matahari terik. Matahari ini bagus untuk memutihkan pakaian dan fabrik putih. Jadi tara tengok la lepas petang lea tengok dah putih bantal Lea tu.
Jangan malas cuci bantal kalau nak kulit yang cantik dan tidur yang nyenyak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: WrappedbyLea via Lemon8
BACA JUGA: Sampai ke sudah Zaki Yamani tak kongsi keputusan SPM, ini sebabnya