Senarai barang dapur yang ‘wajib’ ada untuk stok sebulan

Senarai barang dapur yang ‘wajib’ ada untuk stok sebulan.

Ramai yang sedia maklum yang masyarakat memerlukan stok makanan dan simpanan barang dapur untuk teruskan kehidupan.

Sama ada hidup bujang mahupun berkeluarga, memasak di rumah memang lebih jimat berbanding beli makanan di luar. Lagi-lagi kos sara yang hidup yang semakin meninggi hari ini.

Jadi, bagi mengelakkan pembaziran pada kos makanan, artikel ini akan membantu korang yang ingin berjimat supaya kewangan lebih efisien dan tidak boros.

Nak pula zaman digital, pembelian barang-barang dapur pula lebih mudah didapati dengan dua cara iaitu, pergi sendiri secara fizikal ke pasaraya ataupun membeli di dalam talian.

Senaraikan barang dapur kepada 2 bahagian:

*Barang dapur kering – merujuk kepada bahan yang boleh disimpan lama.*

1. Dapur gas
2. Minyak masak
3. Tin Sardin
4. Rempah kari
5. Garam
6. Gula
7. Tepung
8. Ajinamoto
9. Bawang
10. Lada hitam
11. Susu pekat manis
12. Sup bunjut
13. Mi segera
14. Telur
15. Biskut
16. Serbuk coklat
17. Sos cili
18. Sos tomato
19. Kicap
20. Sos tiram
21. Kulit kayu manis
22. Buah pelaga
23. Bihun
24. Beras
25. Cili kering
26. Serbuk teh
27. Serbuk kopi
28. Bunga cengkih

*Barang dapur basah – merujuk kepada bahan yang tak boleh disimpan lama, cepat rosak, atau perlu disimpan di dalam peti sejuk/ais.*

1. Ayam
2. Ikan
3. Daging
4. Sotong
5. Nugget
6. Sayur-sayuran
7. Buah-buahan
8. Udang

Ini contoh 36 senarai barang-barang dapur yang perlu ditambah setiap bulan. Tapi, bergantung dengan bilangan isi rumah korang. Kalau awal bulan barang masih lagi banyak, maka boleh tangguh dulu untuk topup barang-barang ini.

Korang juga boleh menyimpan senarai barang dapur ini di dalam bentuk Excel beserta harga setiap satu barang untuk tahu kos bulanan harga barang dapur.

Semoga tip-tip ini membantu korang untuk uruskan barang-barang dapur dengan lebih tersusun dan sistematik dan selamat mencuba!

BACA JUGA:

Nak Nampak cantik dan sihat? Wanita ini kongsi tips serta rahsia resipi remidi turun temurun Jus Kunyit!!

CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab

Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!