Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak-anak 2023… Boleh Bajetkan Perbelanjaan, Dah Letak Harga Sekali!
“Excitednya! Anak dah nak masuk Tahun 1…”
Bila anak mula melangkah ke sekolah rendah, sebagai ibu ayah sudah tentunya teruja dan sedikit gementar untuk membeli barang keperluan anak.
Maklumlah, takut terlajak beli atau salah beli. Kalau salah beli, anak pun tak ada semangat nak ke sekolah. Betul tak? Kelengkapan alatan sekolah amat penting untuk memastikan si anak belajar dengan baik dan ia juga sebagai tanda galakan anak-anak ke sekolah, terutamanya bagi anak-anak yang baru nak masuk Tahun 1.
Jadi, di sini kami kongsikan checklist senarai barang keperluan sekolah dan harga untuk ibu ayah rujuk mengikut kesesuain dan keperluan anak-anak. Nak lebih mudah ibu ayah boleh print dan bawa senarai ini semasa membeli.
CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN SEKOLAH ANAK BERSERTA HARGA
PAKAIAN ANAK PEREMPUAN
1. Baju kurung putih (RM20.00)
2. Kain (RM19.00)
3. Stokin (RM5.00)
4. Kasut sekolah (RM15.00-RM40.00)
5. Tudung (RM9.00-RM20.00)
6. Anak tudung (RM3.00)
7. Baju sukan / T-shirt putih (PJK) (RM13.00-RM25.00)
8. Seluar sukan (RM20.00)
9. Singlet / baju dalam (RM10.00)
10. Baju sekolah agama sepasang (RM30.00)
11. Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam) (RM3.00)
PAKAIAN ANAK LELAKI
1. Baju uniform putih (RM20.00)
2. Seluar (RM20.00-RM40.00)
3. Stokin (RM5.00)
4. Kasut sekolah (RM15.00-RM40.00)
5. Songkok (RM15.00-RM30.00)
7. Baju sukan / T-shirt putih (PJK) (RM13.00-RM25.00)
8. Seluar sukan (RM20.00)
13. Singlet / baju dalam (RM10.00)
14. Baju sekolah agama (RM20.00-RM40.00)
15. Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam) (RM3.00
ALAT TULIS / KELENGKAPAN BELAJAR
1. Beg sekolah (RM30.00-RM50.00)
2. Peralatan tulis lengkap (RM30.00)
3. Bekas pensel (RM3.00)
4. Buku nota (RM3.00)
5. Pembalut buku teks (RM10.00)
6. Pembalut buku latihan (RM10.00)
7. Fail (RM2.00)
8. Botol air (RM10.00)
9. Bekas makanan (RM10.00)
Pastikan ibu bapa rancang pembelian terlebih dahulu sebelum membeli. Semoga bermanfaat!
BACA JUGA:
SUKAN SEA KEMBOJA 2023: Skuad berbasikal MTB tetap merendah diri
TPM saran kerajaan perlu teliti keberkesanan program luar bandar
Anak malas datang ke sekolah? Guru ini kongsikan tips agar anak semangat datang sekolah