Seorang lelaki berusia 36 tahun berjaya curi duit daripada mesin ATM

Seorang lelaki berusia 36 tahun berjaya curi duit daripada mesin ATM. Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki mencuri wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 36 tahun itu serta merampas wang tunai RM5,000 pada jam 1.45 pagi di kediamannya di Kundang, Gombak, kelmarin.

“Suspek disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, di sini, Ahad lalu.

“Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek turut menemukan wang tunai RM 5,000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, kejadian terbabit disedari seorang rakan suspek yang membuat pembaikan kerosakan mesin ATM itu.

“Rakan suspek mendapati satu ‘seal casset’ bahagian bawah dan casset penolakan wang dalam keadaan terbuka dan tiada wang di dalamnya

“Curiga dengan keadaan itu, dia kemudian membuat laporan polis pada jam 11.40 malam,” katanya.

Ramli berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

BACA JUGA:

PMX hadir di Majlis Mahabbah Ulama

KPM serahkan pihak sekolah tentukan sama ada pelajar perlu memakai tali leher atau sebaliknya

Nasib mangsa banjir di Terengganu selepas PPS ditutup, semoga Shahida sekeluarga dapat dibela sebaiknya