Seorang remaja lelaki OKU sesat, diselamatkan oleh polis

Seorang remaja lelaki OKU sesat, diselamatkan oleh polis.

Seorang lelaki dewasa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dikesan berkeliaran di laluan pejalan kaki keluar Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dikesan oleh anggota Polis Balai Polis BSI sedang bertugas membuat rondaan dan pemantauan pada jam 10.15 malam.

Katanya, anggota terbabit kemudiannya membawa lelaki berkenaan ke Balai Polis BSI untuk tujuan dokumentasi.

Hasil daripada proses dokumentasi yang dijalankan mendapati lelaki tersebut adalah OKU masalah pembelajaran.

“Lelaki berkenaan menyatakan beliau menaiki kereta api daripada stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Gemas, Negeri Sembilan untuk pergi ke Lipis, Pahang.

“Namun sepanjang perjalanan, beliau tertidur dan terlajak sehingga ke Stesen KTM BSI, Johor Bahru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Raub, lelaki berkenaan juga berjalan kaki menaiki tangga di JB Sentral dan terus melalui laluan pejalan kaki ke Kaunter Imigresen Keluar Malaysia.

Katanya, tindakan pantas diambil oleh Ketua Polis Balai Bangunan Sultan Iskandar untuk mengesan waris lelaki berkenaan.

“Pada jam 2 petang tadi, lelaki OKU berkenaan diserahkan kepada bapa dan keluarganya yang tiba dari Seremban, Negeri Sembilan.

“Sepanjang lelaki OKU berkenaan berada di BSI, pihak polis memberikan pertolongan dan kemudahan kepada lelaki tersebut seperti menyediakan tempat berehat, mandi, bersalin pakaian, makanan, minuman serta menghantar ke Stesen Bas Larkin untuk pulang ke Seremban bersama keluarganya,” katanya.

BACA JUGA:

Johor, Sabah amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya

Berjaya turunkan berat badan berlebihan, Regine Wong jadi jurulatih popular di TikTok

Lantik doktor kontrak melalui sistem pemarkahan

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Seorang remaja lelaki OKU sesat, diselamatkan oleh polis […]

  • […] Seorang remaja lelaki OKU sesat, diselamatkan oleh polis […]