Seramai 6,309 mangsa banjir di Sabah dipindah ke pps

Seramai 6,309 mangsa banjir di Sabah dipindah ke pps.

Situasi banjir yang melanda di Sabah semakin memburuk apabila seramai 6,309 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Daerah yang terjejas adalah Kota Marudu, mencatat penduduk paling tinggi yang dipindahkan ke PPS iaitu seramai 4,784 mangsa diikuti Kudat (764), Pitas (406), Paitan (208) dan Lahad Datu (18).

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, semua mangsa banjir itu membabitkan sebanyak 2,186 ketua isi rumah (KIR).

“Sebanyak 11 PPS dibuka di Kota Marudu iaitu Dewan Komuniti, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, Sewan Kampyng Asin-Asin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan, SK Ranau, SMK Tandek, Dewan Saint (St) Theresa, Dewan Sekolah Rendah Agama (SRA) Damai, Dewan Longgob dan Dewan PPR Korongkom.

“Terdapat tiga PPS dibuka di Kudat iaitu di Dewan Terbuka Matunggong, Dewan SK Sikuati dan SK Lok Yu Sikuati manakala di Pitas pula, PPS dibuka ialah di Dewan Kampung Kusilad, SK Pekan 2, SK Salimpodon dan Dewan Kampung Kabatasan.

“Sementara itu, di Paitan PPS dibuka ialah di Dewan Kampung Kubambangan, Pusat Komuniti Masyarakat Daerah Kecil Paitan, Dewan Kampung Binsulung, Gereja PCS Kampung Puru Bata, SK Tanjung Nipis dan Dewan SMK Pamol manakala di Lahad Datu pula, hanya membabitkan Dewan SMK Terusan dijadikan sebagai PPS,” kata laporan itu.

Tambah laporan itu, trend semasa situasi banjir di Sabah ketika ini sedang meningkat dengan pertambahan mangsa yang dipindahkan ke PPS.

“Tiga daerah mengalami peningkatan mangsa banjir iaitu di Pitas, Kudat dan Lahad Datu manakala dua lagi iaitu di Kota Marudu dan Paitan mangsa banjir kekal.

“Secara keseluruhan sebanyak 25 PPS telah dibuka ketika ini,” menurut laporan itu.

BACA JUGA :

Ubur-ubur beracun ditemui di Pantai Seberang Takir

Presma jelaskan sebab harga makanan di restoran tidak akan diturunkan buat masa ini

Polis buru banduan larikan diri dari Pusat Koreksional Jasin

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Seramai 6,309 mangsa banjir di Sabah dipindah ke pps […]

  • […] Seramai 6,309 mangsa banjir di Sabah dipindah ke pps […]