Sejak akhir-akhir ini, kes keretakan rumah tangga melibatkan penceraian semakin berleluasa, lebih-lebih lagi semasa musim pandemik ini.
Sebelum ini, tular sebuah kejadian yang mana si suami nekad melafazkan talak kepada isterinya yang ingin mengambil vaksin sehingga menerima hujahan daripada pelbagai pihak.
Namun, terdapat juga seorang individu yang menganggap lafaz talak sebagai sebuah ‘permainan’ tanpa memikirkan kesan buruk terhadap masa depannya.
Salah sikit kena talak
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang peguam syarie, Amalina Adam, di laman Facebook, beliau mendedahkan sikap seorang suami yang gemar bermain dengan perkataan talak.
Menurutnya, terdapat seorang wanita yang mengadu masalah tentang suaminya yang sering melafazkan talak jika berbuat sedikit pun kesalahan.
Selain itu, suaminya juga tidak pernah bertolak ansur dan sering mengadu kepenatan apabila diminta untuk membantu dalam penjagaan anak-anak.
Ugut cerai jika lambat jemput
Selain itu, wanita berkenaan turut berkongsikan satu kisah yang mana suaminya pernah mengugut akan menjatuhkan talak jika lambat menjemputnya dari tempat kerja.
Namun, si suami sering menarik balik kenyataannya itu menyebabkan wanita itu berfikir perkara itu sudahpun selesai.
Si isteri juga pernah menyuruh suaminya untuk bertemu pakar tentang perkara yang diucapkannya itu, namun dibantah olehnya dan enggan berjumpa dengan pakar.
Suami nekad lafaz talak 10
Menurutnya, si isteri pernah terdengar perbualan daripada rakannya mengenai lafaz talak dan ia tidak boleh ditarik balik jika sudah dilafazkan.
Perkara itu membuatkan dirinya sentiasa dihimpit dengan persoalan berkenaan tindakan suaminya yang suka bermain dengan perkataan tersebut.
Si isteri juga nekad berterus-terang dan berbincang dengan suaminya mengenai perbualan rakannya, namun tetap menafikan sekeras-kerasnya mengenai hukum tersebut.
Masih tidak berpuas hati, si isteri pernah mengajak si suami untuk ke mahkamah syariah bagi mengesahkan lafaz-lafaz cerai tersebut menyebabkan suaminya nekad melafazkan talak 10.
Menurutnya, si isteri mengakui tergamam dengan kata-katanya dan bertindak mengemas barang untuk pulang ke kampung halamannya.
Ketika ini, si isteri sedang dalam proses memfailkan kes pengesahan lafaz cerai bersama peguam syarienya.
Mengakhiri perkongsiannya, peguam tersebut turut mengingatkan bahawa setiap lafaz taklik tidak boleh ditarik atau dibatalkan oleh suami.
Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa majoriti para fuqaha berpendapat setiap lafaz taklik yang telah dilafazkan oleh suami terhadap isteri tidak boleh ditarik semula atau dibatalkan.
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap gila dan tidak berhati perut.
Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/gemar-ungkap-ayat-cerai-dengan-isteri-suami-nekad-lafaz-talak-10/?fbclid=IwAR3djnyq9yoVeazSAkGbg0wItrF6Gz31IgKO7XURXaO0Sh9YLw0PTQYtWwM