Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tekadnya untuk tidak menerima sebarang bayaran gaji sebagai Perdana Menteri, dan keputusan ini masih berkuatkuasa sehingga kini, meskipun ekonomi negara telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Lebih menariknya, Perdana Menteri menyatakan bahawa potongan gaji sebanyak 20 peratus kepada menteri-menteri tetap dikekalkan.
Beliau menjelaskan, “Pada masa ini, saya ingin umumkan bahawa saya masih belum menerima gaji, dan potongan 20 peratus untuk menteri-menteri juga akan diteruskan selagi ekonomi belum pulih sepenuhnya.”
“Hari ini kita menyaksikan beberapa perubahan dalam pemulihan ekonomi, namun kita masih belum mencapai tahap pemulihan sepenuhnya,” katanya kepada media selepas menghadiri program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di Cyberjaya yang berlangsung sejak semalam.
Dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, Anwar telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan menerima gaji untuk jawatan tersebut. Langkah ini dilihat sebagai usaha awal dalam menarik keyakinan rakyat terhadap kepemimpinannya.
Baca Juga : Untunglah siapa baik dengan dia, pewaris nak agih RM 127 juta pada orang ramai