Setelah 35 tahun baru tahu rupa-rupanya bukan anak kandung, Ibu ‘curang’ masa Abah outstation

Setelah 35 tahun baru tahu rupa-rupanya bukan anak kandung, Ibu ‘curang’ masa Abah outstation

Dalam agama Islam, nasab merupakan perkara wajib yang perlu dititikberatkan. Terdapat pelbagai kesan negatif melibatkan masa hadapan dan keturunan si anak jika hal ini dipandang ringan.

Seperti luahan individu ini, dia mendapat tahu bukan darah daging bapa selepas 35 tahun hidup. Perkara itu terbongkar apabila dia diberi petunjuk untuk melakukan ujian DNA. Ibu mengaku dia adalah hasil hubungan sulit ketika bapanya keluar outstation.

Setelah 35 tahun baru tahu rupa-rupanya bukan anak kandung, Ibu 'curang' masa Abah outstation

Lebih menyedihkan apabila si ibu merahsiakan kebenaran tersebut daripada pengetahuan bapa. Malah, ketika si anak berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu, si bapa menjadi wali pernikahannya. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jelas individu ini lagi, ketika luahan dibuat bapanya yang sakit masih tidak mengetahui hal sebenar. Apabila bertanyakan hal itu kepada ibu, ibunya hanya mampu diam dan menangis.

Malah, wanita ini juga berasa bimbang untuk memaklumkan status perkahwinannya yang tidak sah itu kepada suami. Dia kecewa menerima hakikat anak-anaknya adalah hasil perkahwinan yang tidak sah. Nauzubillah.

Peguam syariah, Hasanah Johari yang mengulang siar kisah tersebut berharap perkongsian ini dapat dijadikan sebagai pengajaran. Menurutnya, isu nasab bukanlah perkara main-main. Ibu atau bapa tidak seharusnya menipu kerana ianya boleh merosakkan keturunan.

Katanya lagi, pengadu harus ke mahkamah syariah untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/dapat-tahu-bukan-anak-kandung-bapa-lepas-35-tahun-ibu-curang-masa-abah-outstation/

BACA JUGA :
Ini 8 hukuman mati paling kejam pernah dijalankan sepanjang zaman. No 2 paling menyeksakan
Polis tiba-tiba buka dompet selepas tahan warga emas kutip barang lusuh..
Ini 14 tips mudah lulus loan bank untuk peniaga kecil

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )