Shahidan tak dicalon dalam PRU15, ini reaksinya..

Shahidan tak dicalon dalam PRU15, ini reaksinya..

Shahidan tak dicalon dalam PRU15, ini reaksinya. Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan tidak mahu campur tangan dalam kempen pilihan raya jika namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, beliau tidak akan ‘turun padang’ ketika kempen sekiranya calon penggantinya itu tidak direstui pengundi-pengundi di kawasan terbabit.

“Masalah besar, siapa yang nak jadi calon? Saya nak bantu pun, saya kena tengok juga. Kalau hari-hari maki saya, ‘confirm’ saya tak tolong. Saya duduk diam sahaja.

Shahidan tak dicalon dalam PRU15, ini reaksinya..

#image_title

“Calon (pengganti) pula jenis tak pernah balik, jadi nak buat macam mana. Nanti orang marah saya. Saya pegang amanah daripada bahagian (dinamakan sebagai calon) dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama masyarakat Tiong Hua di sini pada malam Jumaat.

Menurut Shahidan, beliau boleh menerima calon baharu itu jika dipersetujui oleh pengundi yang selama ini telah menyokongnya di Parlimen Arau.

“Parlimen Arau adalah kerusi boleh menang. Selain faktor parti, calon boleh menang akan beri kelebihan 50 peratus di Arau. Jadi pemilihan calon ini sangat penting.

“Kalau letak calon silap, parti lain seronoklah. Kalau pilih calon, biar parti lawan gerun. Kita kena ada calon yang mampu membuatkan parti lain berasa tidak gembira,” katanya.

Untuk rekod, Shahidan lebih 30 tahun terlibat dalam arena politik dan menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

BACA JUGA :

Bersatu kena ‘game’ dengan UMNO amaran PRU15 awal

Menteri dan Timb. Menteri Umno berkumpul di Hotel, bakal umum sesuatu?

PANAS!!! Tak puas hati projek rumah peserta Felcra bertukar jadi komersial, Umno lawan Umno di Parlimen

COMMENTS

Wordpress (0)