Shima nekad batal semua tawaran berlakon, ini sebabnya

Shima nekad batal semua tawaran berlakon, ini sebabnya baby shima shima anuar shima baby shima mohd afrendie affendy

 

Pelakon Shima Anuar berkongsi kisah gembira dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Memaklumkan perkara terbabit menerusi hantaran di Instagram, kata Shima dia terpaksa membatalkan beberapa tawaran lakonan bagi menjaga kesihatannya yang sedang berbadan dua ketika ini.

“Doakan saya dan baby supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada team production kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya. Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa lagi,” ujarnya.

Shima turut berkongsi keputusan beberapa alat ujian kehamilan yang menunjukkan dirinya kini sedang hamil.

Dalam pada itu, perkongsian Shima dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Shima nekad batal semua tawaran berlakon, ini sebabnya baby shima shima anuar shima baby shima mohd afrendie affendy

Malah, ada antaranya yang berkongsi keterujaan dan petua berguna buat Shima.

“Bestnya ada baby lagi. Tahniah. Kita akan sentiasa menunggu aktiviti she kat rumah. Mesti macam-macam she beli online,” kata Nabila Huda.

“Alhamdulillah selalu bila jaga badan dan sihat dalaman ni insya-Allah senang lekat. Tahniah,” puji Ozlynn.

Shima yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Solih Toha telah menimang dua cahaya mata, Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Tonton:

Berita Lain:

Wow! Ini 3 kereta super ‘rare’ yang pernah Messi miliki ketika dengan Barcelona

Gadis Korea ini jadi tak keruan tengok muka Hun Haqeem selepas layan cerita melayu

Telur ayam kini bukan lagi untuk orang miskin, keluh rakyat

COMMENTS

Wordpress (0)