Shukri Yahaya pelakon tv paling mahal Malaysia

Dikatakan antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk membintangi sesebuah drama televisyen, aktor, Shukri Yahaya menyifatkan harga yang diletakkan itu sangat bersesuai dengan pengalamannya selama ini.

Menurut Shukri, dia menganggap bayarannya itu masih relavan kerana tidak pernah ditolak oleh pihak penerbit.

“Saya sendiri tak pasti harga yang saya letakkan ini mahal atau tidak. Saya pun tak tahu harga orang lain. Kalau betul saya paling mahal, Alhamdulillah.

Shukri Yahaya pelakon tv paling mahal Malaysia

“Harga yang saya letakkan ini juga bersesuaian dengan apa yang boleh saya berikan berdasarkan pengalaman saya.

“Setakat ini, penerbit tidak pernah menolak harga saya tapi sentiasa ada ruang untuk negosiasi,” katanya kepada MH.

Pada sama sama, Shukri turut menyifatkan kadar bayaran tersebut merupakan investasi pihak penerbit untuk mendapatkan kualiti kerja yang terbaik.

“Saya Memudahkan Kerja Pengarah,” – Shukri Yahaya Pelakon TV Paling Mahal? Ini Respon Tuan Badan
“Dengan lambakkan pelakon-pelakon baharu sekarang, saya faham para penerbit lebih memilih mereka kerana bayarannya mungkin lebih murah. Namun, pekerjaan itu mungkin akan menjadi lebih susah.

“Mungkin mereka tak faham skrip atau tak tahu nak melakonkan sesuatu babak itu bagaimana. Pengarah pula kena tunjuk satu per satu. Ia akan menjadi proses yang panjang.

“Kalau ada yang kata harga saya mahal, setidaknya saya boleh memudahkan kerja mereka,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga memaklumkan dirinya akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran pada setiap tahun sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain.

“Saya Memudahkan Kerja Pengarah,”

“Saya anggap itu sebagai increment.

Kalau harga tersebut diterima, saya anggap ia masuk akal.

“Kalau ada drama yang sukses atau beri impak, ia juga akan menjadi bukti untuk saya menawarkan harga kepada penerbit.

“Ada kalanya, saya tidak terlalu memikirkan sangat soal harga kerana saya mahu bekerja kerana pengarahnya. “Sebagai contoh bersama Eyra Rahman dalam drama Layang-Layang Perkahwinan.

“Kalau saya minat dengan sesuatu skrip? Ia akan menambahkan lagi keinginan saya untuk bekerja,” akhirinya.

Baca juga: Lelaki terkejut lengan tercabut selepas berenang, “mula-mula naik benjol kecik je..”