Si Bulus Moody? Sorok bawah sofa? Ini antara 5 sebab kucing jadi pendiam.
KUCING yang sememangnya aktif dan ceria kadang-kala boleh bertukar menjadi sangat pendiam dan lesu.
Jika anda melihat kucing peliharaan tiba-tiba berubah menjadi pendiam serta menyendiri di bawah sofa, berkemungkinan ia mahu menyampaikan sesuatu.
Seperti yang dilaporkan oleh Pets The Nest, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kucing tiba-tiba menjadi senyap.
*1. Ada haiwan peliharaan baharu*
Kucing adalah haiwan yang sukakan rutin. Apabila rutin kucing terganggu, ia boleh memberi kesan kepadanya.
Kebiasaannya, kucing akan menjadi senyap secara tiba-tiba jika kucing baharu memasuki persekitarannya.
Situasi baharu boleh mencetuskan perasaan panik, ditinggalkan, kekeliruan dan ketidakpastian pada kucing.
*2. Pindah rumah*
Rumah yang didiami kucing dianggap seperti seluruh dunianya. Jadi, jika anda baru berpindah ke rumah baharu dan melihat kucing mengintai di sudut bilik, kucing itu mungkin berasa keliru dan takut sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan dirinya sendiri.
*3. Mengalami kesedihan*
Kucing boleh membina ikatan yang sangat kuat dan rapat dengan manusia atau haiwan lain.
Apabila kucing kehilangan kawan atau orang tersayang, proses bersedih selalunya panjang dan sukar.
*4. Pertengkaran*
Pertengkaran dan ketegangan rumah tangga juga sering memudaratkan kucing. Kucing adalah makhluk yang damai dan boleh merasakan konflik.
Kucing juga tahu apabila ada sesuatu yang tidak kena seperti mungkin masa bermain sudah tamat dan tiada lagi pelukan di atas sofa.
Semua benda ini tersimpan dalam otak kucing. Tingkah laku yang tiba-tiba menarik diri mungkin menunjukkan perasaan kekeliruan pada masa itu
*5. Penyakit*
Kebimbangan dan tekanan emosi bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menyebabkan kucing menjadi pendiam.
Tingkah laku kucing yang senyap secara tiba-tiba juga boleh berlaku disebabkan kesakitan dan ketidakselesaan fizikal yang dialaminya.
Kucing itu mungkin menghidap penyakit serius seperti buah pinggang, kencing manis atau arthritis.
Walau apa pun puncanya, segera bawa kucing ke doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
BACA JUGA:
CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab
Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!