Siap sedia ke fasa Endemik , kerajaan sudah beli ubat Antiviral

Kementerian Kesihatan (KKM) baru saja menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) bagi pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme.

Menurut laporan Kosmo, kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap untuk merawat pesakit yang positif menerusi perjanjian itu dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menambah pilihan rawatan inovatif ini adalah persediaan apabila negara melakukan peralihan ke fasa endemik selain penggunaan vaksin untuk hidup bersama virus.

Siap sedia fasa Endemik , kerajaan sudah beli ubat Antiviral

Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan ke atas varian-varian virus yang lebih ganas seperti gamma, delta dan mu.

Katanya lagi, sekiranya ubat ini berkesan, vaksin masih diperlukan lagi dam usaha pencegahan dan kawalan penularan wabak yang melanda.

Dah pelbagai usaha yang cuba kerajaan buat. Apapun, kita juga kena usaha sama untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak ini.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/kerajaan-beli-ubat-antiviral-siap-sedia-ke-fasa-endemik/

BACA JUGA :
Wanita kongsi pengalaman, tangan gigil cabut bulu mata ‘extension’ jenazah
Sila alih ! Letak tong gas dalam kabinet bertutup tak selamat
[VIDEO] Doktor gigi ‘ajar’ pemandu Myvi buang sampah dari tingkap