Tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan tindakan seorang penonton yang bertindak luar jangkaan di konsert Bunkface, baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah menaiki pentas tanpa kebenaran lalu merampas mikrofon daripada penyanyi utama iaitu Sam.
Bukan itu sahaja, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Muhammad Baharom turut dilihat terkejut dengan tindakan penonton tersebut.
Susulan itu, penyanyi berusia 35 tahun itu telah meminta bantuan staf untuk menghentikan lelaki berkenaan.
Siapa suruh naik stage bro?
@rembogadgetgerbangmalambuat hal kat pentas healing
Dalam pada itu, Sam memberi pesanan kepada penonton agar mengikut cara yang betul sekiranya ingin menyanyi bersama kumpulan itu.
Nak naik lain cara dia bro.. kan dah kena stop dah.
Malah, kumpulan Bunkface juga terpaksa memulakan semula persembahan nyanyian lagu Revolisi gara-gara gangguan dari penonton tersebut.
Baca Selanjutnya :