SINGLE? Ini Sebab Boleh ‘Sewa Kekasih’ Di Jepun Yang Ramai Orang Sana Langgan

Oleh Admin 01

Rupanya ini kisah disebalik wujudnya khidmat ‘Sewa Kekasih’ di Jepun ramai tak tahu

Sekarang ni kecoh betul pasal sugar baby kan? Mungkin ada pernah dengar,

Dekat Jepun ada sesuatu yang dipanggil perkhidmatan “Rent-a-Girlfriend” atau perkhidmatan ‘Kekasih Sewa’.

Menariknya, perkhidmatan ‘Kekasih Sewa’ ni amat berbeza daripada sugar baby kerana hubungan dalam ‘Kekasih Sewa’ ini adalah purely professional manakala sugar baby ini faham-faham sendiri sahajalah. Huhu.

Perkhidmatan ‘Kekasih Sewa’ ini senang cakap adalah perkhidmatan ‘beli’ masa seseorang untuk teman dan layan anda dalam tempoh masa yang telah dipersetujui.

Layan itu macam pergi karaoke ke, pergi makan, pergi tengok wayang dan sebagainya.

Ia adalah hubungan professional; maksudnya tidak dibenarkan lebih dari itu seperti sebarang hubungan seksual, bagi hadiah mahal-mahal, ataupun luahan perasaan. Hanya teman keluar sahaja.

rent girl 3

Perkhidmatan ini pun tidaklah murah, sejam servis berharga lebih kurang ¥6,000 (RM240) dengan minimum sewaan adalah 2 jam (RM480).

Tetapi kalau mahu sewa kali kedua dengan orang yang sama, ada tambahan bayaran sebanyak ¥2,000 (RM80).

Baca : GILA! Rahsia Bangla Sukses Mengorat Isteri Orang, Rupanya Guna Minyak Dagu

Katalog gadis yang boleh dipilih untuk jadi peneman

Kenapa servis macam ni boleh popular dekat Jepun? Sekadar teman je pun, kan?

Sebab orang Jepun ini tak ada masa untuk cari kekasih. Mereka ini sibuk dengan kerja sampai ada yang hilang keyakinan untuk bercakap dengan perempuan.

Jadi kalau sewa kekasih macam ini, tak perlu risau tentang skill, sebab mereka bayar kan. Pandai ke tak pandai cakap, masih akan dilayan oleh gadis berkenaan.

Pelik? Ya, di Jepun ini anything is possible dan jangan terkejut kalau saya cakap di Jepun juga ada perkhidmatan “Rent-a-Goat”, ya perkhidmatan sewa kambing!

Baca Selanjutnya :