Sisi gelap rumah anak yatim dibongkar

Seorang individu telah menarik perhatian di laman X apabila mendedahkan sisi gelap sebuah rumah anak yatim yang pernah menjadi tempat kediamannya sebelum ini.

Pengadu mendakwa pengurusan rumah tersebut hidup dengan senang, mengaut keuntungan dari dana bantuan tanpa mempertimbangkan dosa dan pahala.

“Ketika saya tinggal di rumah anak yatim, mereka bermain dengan wang. Pengerusi bukanlah mudah; tiba-tiba selepas membuka rumah anak yatim, dia menjadi kaya dengan sendirinya.

Sisi gelap rumah anak yatim dibongkar

“Aku pernah duduk di rumah anak yatim. Aku nak jujur. Mereka main duit. Pengerusi bukan senang, tiba-tiba lepas buka rumah anak yatim, auto kaya.

Dalam pendedahan tanpa mendedahkan lokasi secara tepat, pengadu turut menyatakan bahawa dia dan penghuni lain mengalami perlakuan kasar dari pengelola rumah anak yatim itu, termasuk sering kali dirotan di tapak kaki.

“Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu kena rotan atau pukul dengan warden kat rumah anak yatim tu. Apabila besar, aku rasa benda tu silap. Tu kena dera, bukan kena rotan biasa tau.

Selain itu, pengadu mendakwa bahawa warden rumah anak yatim itu pernah membuang makanan yang disumbangkan oleh pihak luar.

“Kami dapat banyak bantuan makanan. Nak sembang KFC atau McDonald’s kami dah muak. Ada orang tu pergi beli KFC bagi kami. Kami semua tak sentuh, lepas tu warden aku buang dalam tong sampah je.

“Orang tu datang balik, tengok KFC dia dalam tong sampah, marah-marah kat warden kami. Terus tak datang dah. Time dekat raya orang bawa kami shopping sampai baju raya tujuh helai. Baju sekolah pun banyak. Akhirnya mereka kutip dan jual balik,” ceritanya.

Pengadu juga mengungkapkan bahawa penghuni sering menerima bantuan wang, tetapi dana tersebut akan dikendalikan oleh pengurusan rumah anak yatim.

“Apabila kami pergi rumah terbuka atau event besar, kami selalu dapat duit tangan tau. Kadang-kadang paling sikit dapat RM10 atau RM20, paling banyak RM250 seorang.

“Warden aku cakap duit tu nanti apabila kami keluar rumah baru boleh dapat guna untuk nak sambung belajar ke apa. Tapi apabila keluar dapat RM200 je seorang.

“Aku rasa lebih kot (duit simpanan), RM30,000 macam tu sebab kami ada tulis berapa kami dapat,” dakwanya lagi.

Luahan pengadu ini telah disaksikan oleh lebih 338,600 pengguna laman X, disertai dengan lebih 1,800 ulang kicau dan banyak komen netizen yang menyatakan simpati terhadap nasibnya dan penghuni lain yang mungkin mengalami situasi serupa.

“Benda ni dah lama. Tu sebab kalau nak sedekah, aku cari yang betul susah. Tak pun aku dahulukan ahli keluarga sendiri.

“Gilalah orang macam ni, memang tak nampak dosa ke? Dah la makan duit anak yatim. Orang nak bersedekah pun jadi skeptikal.

“Legit. Ada kawan sendiri buka cerita dia masuk pusat tahfiz. Sama sebiji jalan cerita,” tulis netizen.

Baca Juga : Isteri dibunuh oleh tangannya sendiri, ini tekad bekas Juara Dunia