Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall, menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa teman lelakinya menjadi punca perceraian antara dia dan bekas suaminya.
Melalui video di platform TikTok, Siti Suriani Wahiddin, nama sebenarnya, menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh warganet mengenai hubungannya dengan teman lelaki.
“Dulu beria kata tak ada apa-apa, sekarang terbukti. Cerai berai pasal nak orang lain,” ujar Siti, menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa punca penceraiannya bukanlah kerana kehadiran orang ketiga.
“Abang nak cakap saya ni minta cerai sebab ada orang lain? Macam lah awak ni 24 jam hidup dengan saya. Ada sebab dan bukanlah sebab saya nak kahwin lain,” tambahnya.
Siti mendedahkan bahawa bekas suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain dan bakal menjadi bapa kepada seorang anak.
“Sebenarnya selepas sahaja saya bercerai dan baru habis iddah, bekas suami saya dah kahwin lain. Isteri dia pun tengah mengandung sekarang. Saya ni tak kahwin lagi, dah setahun lebih menjanda. Jadi kalau saya yang gatal, saya rasa saya dulu yang kahwin.
Dekat situ pun boleh nilai sendiri. Tapi apa-apa pun saya doakan awak bahagia dan dilimpahkan rezeki,” jelasnya.
Warganet memberikan pujian kepada Siti atas cara tenangnya dalam membalas dakwaan dan menasihatinya untuk mengabaikan komen negatif.
Siti sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, dengan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki (4 tahun) dan Putra Aiman Zafran (2 tahun).
Baca Juga : Haiza akui tak pernah cecah pun puluhan ribu gaji jadi DJ Radio