Skandal diraja paling panas, Putera William dan Rose Hanbury

WANITA yang dikaitkan dengan Putera William sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, Rose Hanbury tampil menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit bersama Putera Wales.

Penafian khabar angin tersebut dibuat selepas penampilan dan pendedahan rakaman figura Puteri Wales, Kate Middleton di khalayak ramai sejak Ahad.

Ibu kepada tiga anak itu berkata demikian menerusi peguamnya bagi meredakan pelbagai isu dan kontroversi yang berlaku mengaitkannya dengan kehilangan Kate baru-baru ini.

Skandal diraja paling panas, Putera William dan Rose Hanbury

“Benar-benar palsu,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, spekulasi mengenai dakwaan hubungan antara Hanbury dan William bermula sejak 2019.

Namun khabar angin itu semakin mendapat perhatian ramai selepas Istana Kensington mengumumkan bahawa Puteri Wales, 42, akan menjalani pembedahan perut pada Januari.

Ketiadaan Middleton selama berbulan-bulan dalam kehidupan awam menyebabkan ramai yang membuat spekulasi tentang keadaan perkahwinannya dengan William, 41.

Baca juga: Orang asli berjaya bina rumah selepas 4 bulan meniaga di Tiktok