Soalan lisan SPM 2022 “Perkahwinan Idaman” amat memeranjatkan ramai

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Soalan lisan SPM 2022 “Perkahwinan Idaman” amat memeranjatkan ramai projek anchor spm spm jadual spm 2020 spm 2020 spm 2021 keputusan spm 2020 soalan percubaan spm 2020 [/bg_collapse]

 

Topik ‘aneh’ yang terpaksa dihadapi para pelajar termasuk soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertajuk ‘Perkahwinan Idalam’ baru-baru ini bukan sesuatu yang asing.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, tajuk perbincangan itu disifatkan amat mengejutkan, di luar jangka serta tidak terlintas di fikiran para pelajar.

Jelasnya, jika tujuannya adalah untuk menilai dan menaksir bagaimana para pelajar dapat mengatasi situasi untuk berfikir pantas, dan secara tiba-tiba menceritakan kisah fiksyen alam impian, kemungkinan ia adalah satu cara yang boleh digunakan dan tidak salah.

Soalan lisan SPM 2022 “Perkahwinan Idaman” amat memeranjatkan ramai

“Dengan syarat, soalan kejutan bertemakan fantasi juga boleh digunakan tanpa persiapan sebagai instrumen penilaian.

“Jika pelajar tidak tahu kemungkinan untuk soalan sebegini, maka ia adalah sangat tidak adil dan tidak berasas.

“Sudahlah pelajar ini menghadapi tekanan belajar waktu pandemik serta stres menghadapi peperiksaan. Ini pula bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Kami bersimpati dengan nasib para pelajar ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noor Azimah berkata ahli jawatankuasa PAGE sendiri juga pernah berdepan situasi sama ketika SPM pada 1988 melibatkan sebuah sekolah mubaligh lelaki terkemuka di Petaling Jaya.
“Soalan yang masih jelas menyentak fikirannya setelah lebih 30 tahun berlalu ialah “perkahwinan ramai-ramai” yang membuatnya kaget (terkejut).

“Apakah maknanya soalan ini, poligamikah, perkahwinan lambak atau sangat ramai orang di majlis?,” soalnya.

Namun ujar beliau, situasi ketika itu jauh berbeza dengan sekarang kerana tiada media sosial yang boleh menyebabkan topik sedemikian dibiarkan terpendam dan tidak diperbesarkan.

“Tetapi sekarang seharusnya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu membuat penilaian, adakah topik begini masih relevan dan apakah consequence atau iktibar daripada soalan sebegini?

“Ketika dunia ini menuju ke arah globalisasi yang memerlukan pelajar-pelajar lebih peka dan terbuka kepada pemikiran makro, perlu juga ada kemajuan di dalam pendidikan,” tambahnya.

Malaysia juga, jelasnya turut komited untuk mencapai hala tuju Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) iaitu meningkatkan kualiti pendidikan yang menyentuh kesaksamaan sukatan kurikulum dan ekualiti setara gender.

Justeru, ujarnya, jelas sekali pelajar lelaki langsung tidak berfikir perkahwinan impian atau pelajar perempuan yang lebih lagi fokus untuk berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya.

Soalan tidak bersifat kesamarataan

“Persoalan yang timbul ialah apakah relevan lagi pendidikan kita yang jelas masih tersangkut di alam impian dan fikiran yang tidak meluaskan minda. Topik-topik yang melonjakkan pemikiran aras tinggi amatlah meluas dan tidak terbatas.

“Kenapa dan bagaimanakah topik pelik boleh timbul? Apakah proses semak dan imbang dari urusan teratas Kementerian Pendidikan yang meluluskan topik pelik seperti ini?,” soalnya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkata, KPM perlu mengelak situasi yang mampu mencetuskan kontroversi berhubung topik-topik perbincangan dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau bagaimanapun, mengakui bahawa terdapat banyak pilihan topik yang dikemukakan dalam ujian lisan dan ia tidak menimbulkan isu.

“Kebetulan pasal nikah kahwin ini saja jadi isu. Apa pun KPM boleh elakkan perkara begini menjadi kontroversi jika para pengubal yang dilantik oleh KPM lebih sensitif dan bijak membina soalan yang bertemakan budaya dan nilai.

“Soalan ini tak salah dan tapi tak cukup bijak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd dan Profesor Adjung Taylor’s University, Anas Zubedy berkata, topik sepatutnya tidak sahaja tertumpu kepada perkahwinan, dan konteks sepatutnya diperbesar kepada topik lain termasuk kerjaya, adventur, percutian atau otomotif.

“Pelajar-pelajar wajar untuk memilih apa topik bersesuaian dengan mereka,” tambahnya.

Soalan lisan SPM 2022 “Perkahwinan Idaman” amat memeranjatkan ramai projek anchor spm spm jadual spm 2020 spm 2020 spm 2021 keputusan spm 2020 soalan percubaan spm 2020

Dalam masa yang sama, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menegaskan tindakannya memuat naik perkara itu di laman Facebook, bukan untuk mempersoalkan sukatan pelajaran.
Sebaliknya, beliau berkata ia soalan yang ‘menggerunkan’.

Terdahulu, topik ‘Perkahwinan Idaman’ bagi ujian lisan pelajar SPM 2022 mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.

Tonton:

Baca:

Hanya sebab anaknya autism, keluarga Adam dihalau keluar dari rumah sewa, ini luahan bapa…

Telur ayam kini bukan lagi untuk orang miskin, keluh rakyat

336,848 warga emas positif Covid-19, libatkan 61.3 peratus dari jumlah kematian