Anak perempuan kepada bekas pasangan pelakon dan penyanyi pemusnah rumahtangga atau menjadi penyondol
sehingga menyebabkan sebuah mahligai perkahwinan yang dibina oleh seorang wanita telah musnah.
“Kau Lah Asbab Keruntuhan Rumah Tangga…”
Pendedahan itu dilakukan sendiri oleh seorang wanita menerusi ciapan di laman media sosial ‘X’ (Twitter),
mendedahkan bahawa anak perempuan bekas pasangan pelakon berkenaan yang sering mendapat pujian ramai disebabkan paras rupa yang cantik serta bersopan santun itu, telah menghancurkan rumah tangga yang dibina selama 3 tahun yang turut dikurniakan dua cahaya mata.
“Betul instinct isteri sangat tepat, bukan sekadar overthingking atau bersangka buruk. Allah tunjuk satu-satu bukti terbongkar ya. Alhamdulillah ya Allah.
M*****a D***A yang dipuji paras rupa cantik, sopan santun, keluarga yang harmoni tapi sebaliknya? Kau lah asbab keruntuhan rumah tangga, kau juga asbab hilangnya kasih sayang yang anak perlukan dari ayahnya.”-dedah seorang netizen
Tambahnya lagi, netizen berkenaan turut mendedahkan bukti e-mel yang menunjukkan pasangan itu pernah ‘check-in’ sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada awal Jun 2023.
“Peluang sekali? Dua kali? Tiga kalli?. Buat benda yang terkutuk ya. Siapa sangka? Allah Maha Mengetahui .
Satu-satu bukti Allah tunjuk. Masa ni aku login emel ‘lelaki yang dulunya suami’, masuk emel booking, hebat instinct isteri kan?-tulisnya
Tinjauan Murai My mendapati, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan laman Instagram aktor berkenaan disebabkan pendedahan yang dilakukan netizen wanita tersebut .
Baca Selanjutnya: