Sotong Frozen dibuat daripada dubur babi jadi perdebatan hangat rakyat Malaysia

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Sotong Frozen dibuat daripada dubur babi jadi perdebatan hangat rakyat Malaysia resepi sotong sotong sotong goreng tepung sotong goreng kunyit sotong katak sambal sotong kicap sotong nasi kukus sotong besar [/bg_collapse]

 

Kewujudan aplikasi WhatsApp menjadi pemudah cara dalam komunikasi harian kita pada hari ini.

Namun, wujud kebimbangan apabila WhatsApp sering digunakan dalam penyebaran berita palsu sehingga mencetuskan kekeliruan, khususnya bagi individu yang lebih berusia.

Di Twitter, seorang wanita turut berkongsi cerita mengenai ibunya yang menerima satu kiriman WhatsApp palsu, berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku (frozen).

Dalam tangkap layar tersebut, individu yang mengirim mesej WhatsApp berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong yang dipotong bulat seperti cincin.

Dakwa individu tersebut, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur khinzir.

“Assalamualaikum sahabat, nak share info, ni adalah dubur babi. Nampak macam sotong, ring dia besar dan putih.

Sotong Frozen dibuat daripada dubur babi jadi perdebatan hangat rakyat Malaysia

Tangkap layar mesej WhatsApp yang sedang tular.

“Kalau sotong ada titik-titik. Takut terbeli. Sekilo kat Perlis RM7.90. Kat KL RM11. Tapi dalam plastik.

“So, kawan-kawan tak berani beli. Tapi pandai depa letak tanda halal,” dakwa individu itu lagi.

Perkongsian @qeels88 menerusi Twitter ternyata meraih perhatian netizen apabila posting itu meraih lebih 4,500 ulang kicau (Retweet).

Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal?

“Amenda (apa benda) la info bukan-bukan orang share kat mak aku ni?” tulis @qeels88 menerusi Twitter.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama, mendakwa ahli keluarga mereka turut menerima kiriman mesej sama.

Selain berang dengan penyebaran maklumat palsu yang mengelirukan orang tua, ramai netizen turut berjenaka mengenai isu tersebut.

“Kesian babi susah nak berak. Mana tak nya, ambil dubur je. Berapa ekor babi lah untuk dapat sepaket ni?

Sotong Frozen dibuat daripada dubur babi jadi perdebatan hangat rakyat Malaysia resepi sotong sotong sotong goreng tepung sotong goreng kunyit sotong katak sambal sotong kicap sotong nasi kukus sotong besar

Juadah berasaskan sotong tiba-tiba menjadi perbualan netizen di media sosial.

“Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal?

“Hey, korang ingat murah ke nak jual dubur babi?

“Sama la, mak hantar kat WhatsApp famili. Saya sebagai student kulinari membangkang ya. Pelik-pelik je fitnah sotong.

“Baru semalam ibu bapa saya hantar dalam group WhatsApp famili,” tulis beberapa netizen lagi.

Baca:

Watak Shima Annuar dalam Suamiku Pendosa dipuji netizen, sampai merah-merah muka..

Akhirnya kapal berusia ribuan tahun milik firaun dipindahkan di sini

Sempat beri ‘hint’ harta karun RM8.1 Juta sebelum meninggal, akhirnya berjaya dijumpai pelajar