“Speaker Dewan Rakyat boleh buat keputusan secara bersendirian” -Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu

“Speaker Dewan Rakyat boleh buat keputusan secara bersendirian” -Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memiliki kuasa penuh untuk membuat keputusan secara bersendirian sama ada empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar BERSATU perlu mengosongkan kerusi atau sebaliknya.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata tiada keperluan undang-undang untuk Johari merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dan semua pihak perlu menghormati serta menerima sebarang keputusan nanti.

Katanya, ia berikutan Perlembagaan memberi kuasa penuh kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memutuskan sama ada tindakan empat Ahli Parlimen itu melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan perlu mengosongkan kerusi atau sebaliknya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memiliki kuasa penuh untuk membuat keputusan secara bersendirian sama ada empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar BERSATU perlu mengosongkan kerusi atau sebaliknya.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata tiada keperluan undang-undang untuk Johari merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dan semua pihak perlu menghormati serta menerima sebarang keputusan nanti.

Katanya, ia berikutan Perlembagaan memberi kuasa penuh kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memutuskan sama ada tindakan empat Ahli Parlimen itu melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan perlu mengosongkan kerusi atau sebaliknya.
BERITA BERKAITAN
‘Umum keluar parti, 4 Ahli Parlimen BERSATU Sabah perlu kosongkan kerusi’ – Wan Junaidi
Empat kerusi Parlimen Sabah perlu dikosongkan, kata peguam PN
‘Speaker akan tentukan kekosongan kerusi Parlimen selepas dapat notis’
4 kerusi Parlimen Sabah didakwa kosong?

“Speaker Dewan Rakyat boleh buat keputusan secara bersendirian. Tidak ada keperluan undang-undang untuk beliau rujuk pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen terlebih dahulu,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Johari perlu merujuk isu status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar parti, kepada jawatankuasa khas Parlimen berikutan terdapat kemungkinan keputusannya tidak boleh dicabar di mahkamah.

BH hari ini melaporkan, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpandangan, apa juga keputusan Johari tidak boleh dicabar di mahkamah.

Ia berikutan klausa keistimewaan Parlimen dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan kesahan apa-apa prosiding Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Kelmarin, Johari mengesahkan menerima notis pemakluman daripada BERSATU mengenai kekosongan luar jangka membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah, dan memiliki 21 hari untuk membuat keputusan mengenainya.

Ia berikutan empat Ahli Parlimen iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang), mengumumkan keluar BERSATU, namun kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai langkah yang boleh dilakukan BERSATU atau empat Ahli Parlimen itu jika tidak bersetuju dengan keputusan Johari, Shamrahayu berpandangan mereka perlu menerima dan menghormati apa juga keputusan yang akan diumumkan Johari.

“Mereka kena terima apa saja keputusan Speaker kerana Speaker memang ada kuasa untuk menentukan perjalanan urusan Dewan Rakyat.

“Saya juga berpandangan keputusan nanti tidak boleh dicabar di mahkamah. Apabila Speaker yang diberi kuasa membuat keputusan, maka ia bermakna ini adalah urusan Dewan Rakyat.

“Mengikut undang-undang, Parlimen ada kuasa penuh terhadap perjalanannya urusannya. Maka, saya juga berpandangan keputusan Speaker membabitkan isu empat Ahli Parlimen Sabah ini tak boleh dicabar di mahkamah,” katanya.

Secara peribadi, Shamrahayu berpandangan empat Ahli Parlimen Sabah itu tidak perlu mengosongkan kerusi kerana keputusan keluar BERSATU bukan dibuat secara individu, sebaliknya secara ‘en block’.

“Meskipun ia dibuat di peringkat cawangan parti di Sabah, keputusan keluar parti ini hakikatnya secara en block. Jika individu yang umum keluar parti, baru perlu dikosongkan kerusi yang disandang,” katanya.

BACA JUGA:Tahukah anda, ada manusia Raksasa yang hidup pada zaman nabi?

Perempuan yang sudah tua tidak wajib pakai tudung? Ini pencerahannya

Hukum Qadha solat bagi seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja