SRC : Peguam Najib gagal timbul keraguan munasabah

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati pasukan pembelaan Najib Razak dalam perbicaraan berkaitan SRC International Sdn Bhd gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International.

Najib didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan kerajaan memberikan jaminan bagi pinjaman itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/28/pasukan-pembelaan-najib-gagal-timbulkan-keraguan-munasabah-kata-mahkamah/

COMMENTS

Wordpress (0)