Seorang wanita mendedahkan bahawa dia akan menerima elaun sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) daripada suaminya sebelum bersetuju untuk hamil.
Wanita berumur 26 tahun yang berasal dari Sussex, Britain, Soudi Al Nadak ini telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang jutawan dari Dubai, Jamal Al Nadak.
Mereka kini tinggal di Dubai dan sudah berkahwin selama tiga tahun. Pendedahan itu dibuat menerusi TikTok miliknya @soudiofarabia baru-baru ini.
“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding. Ini termasuk untuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupuntur dan sesi urut untuk bayi juga.”
“Saya kena sentiasa cergas dan sihat demi untuk suami dan bayi,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.
Dalam pada itu, Soudi menjangkakan bahawa dia akan dibayar elaun setiap kali dia hamil, malah Soudi juga dapat akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.
“Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.
“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).”
Agaknya kalau suami nak 5 anak, berapa lah dia dapat, elaun mengandung dia lagi banyak daripada bantuan yang kita dapat dari kerajaan.
Baca juga: Betul ke NGO boleh ambil 30% dari sumbangan?