Suami isteri ditahan kerana tumbuk, cucuh puntung rokok & tekap bayi guna seterika

Suami isteri ditahan kerana tumbuk, cucuh puntung rokok & tekap bayi guna seterika

Bagaikan mimpi ngeri buat seorang bayi berusia setahun empat bulan apabila dia dipercayai menjadi mangsa dera kedua ibu bapa sendiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan.

Difahamkan, bayi malang tersebut didakwa ditumbuk pada muka, dicucuh puntung rokok dan turut ditekap menggunakan seterika.

Doktor buat laporan polis

Suami isteri ditahan kerana tumbuk, cucuh puntung rokok & tekap bayi guna seterika

Ujar Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab menerusi laporan Harian Metro, pihaknya telah menahan ibu bapa bayi tersebut susulan menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa pada 25 Ogos lalu.

Seorang doktor dari sebuah klinik kesihatan membuat laporan memaklumkan menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan lebam pada mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan disyaki didera.

Susulan maklumat itu, polis menangkap ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 17 dan 23 tahun.

Mengulas lebih lanjut, Anuwal menjelaskan lelaki tersebut bagaimanapun, mengaku telah memukul, menumbuk dan mencucuh rokok di tapak kaki sebelah kiri bayi itu kerana menangis.

Suami isteri itu kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan terbabit kerana mangsa mengalami sesak nafas.

Mangsa dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan diberikan bantuan pernafasan. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HTAN.

Kini, suspek telah direman sehingga 6 September, manakala isterinya telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/tumbuk-cucuh-puntung-rokok-tekap-guna-seterika-pasangan-suami-isteri-ditahan-dera-bayi

BACA JUGA :

PANAS !!! Isteri pelakon didakwa curang, kantoi bercium dalam tandas..
GILA !!! Dubai bakal bina menara tergantung di atas langit
Suami kantoi curang di Roadblock, polis hanya mampu tengok isteri mengamuk

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )