Kesabaran seseorang itu ada batasnya, apatah lagi sering diherdik demi mempertahan sebuah perkahwinan.
Buat wanita ini, dia tidak menyangka niatnya mengahwini saudara baru akhirnya membuka memori hitam dalam hidup.
“Pertama kali saya menulis di ruangan ini, semoga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada semua ibu tunggal di luar sana
Bukan senang bila masuk ke alam janda. Ramai masyarakat kita memandang serong pada janda berbanding duda.
Berbalik kepada kisah saya. Saya telah diceraikan talak 3 setelah 7 tahun berkahwin dan memiliki seorang anak soleh yang kini berusia 6 tahun.
Saya berkahwin atas pilihan sendiri kerana Allah. Bekas suami peIuk Islam dan banyak cabaran saya bersama keluarga mentua.
Walaupun ibu mentua dapat terima saya tetapi dia tidak membenarkan saya memanggilnya ibu. Saya terima walaupun terkilan. Alhamdulillah ayah mentua saya baik.
Sehari sebelum akad nikah bekas suami saya dah buat perangai dengan menuduh saya ada hubungan dengan tok imam kerana malam tu saya selesaikan urusan di rumah tok kadi bersama ayah saya.
Saya terima segala cacian, hinaan dan tuduhan dia kepada saya. Waktu itu saya tersedar dia seolah bukan diri dia yang saya kenal.
Saya difahamkan ibu mentua telah pengaruhi fikirannya supaya tidak teruskan niat untuk berkahwin dengan saya. Hanya bekas suami saya yang masuk Islam.
Saya terfikir semula betulkah keputusan saya untuk berkahwin. Tetapi dah terlambat untuk saya batalkan.
Alhamdulillah esoknya majlis berjalan lancar. Hari kedua saya dah ditampar oleh suami. Suami saya berubah menjadi sangat panas baran.
Setelah berkahwin barulah saya tahu keluarganya merahsiakan kepada saya bahawa dia adalah bekas penagih. Salah saya tidak siasat latar belakang dia dan terlalu naif.
Saya baru teringat kakak kawan dia pernah bagi tau saya seminggu sebelum berkahwin bahawa dia berkahwin dengan saya hanya kerana saya penjawat awam, bekerja tetap.
Saya mula terfikir saya telah dipergunakan dan rasa tertipu. Suami ganggu saya masa saya bekerja, cemburu buta, datang ke tempat kerja dan tampar saya sekali lagi di dalam kereta.
Kemudian dia meminta maaf kepada saya katanya terkena buatan. Saya ikhtiar dan bawa suami berubat nampak ada perubahan.
Begitulah hidup saya selama dua tahun saya masih belum dikurniakan anak. Suami masih tetap naik tangan pada saya setiap kali bergaduh kerana suami malas kerja.
Akhirnya saya bantu suami dapatkan kerja di hotel tetapi semuanya tak kekal lama hanya bertahan dalam enam bulan kerana ada saja masalahnya di tempat kerja.
Saya berfikir mungkin Allah belum berikan saya anak kerana tahu suami dan saya belum mampu. Hanya harapkan gaji saya semata.
Semua perbelanjaan atas saya. Suami saya tidak benarkan saya balik jenguk mak ayah saya. Saya yang rapat dengan ibu bapa saya hanya mampu berendam air mata sepanjang tempoh perkahwinan kami.
Setahun hanya tiga kali sahaja balik ke rrumah ibu bapa saya itu pun tak pernah lebih dua malam. Tetapi sebelah keluarga suami boleh dikatakan sebulan sekali balik.
Bila saya bersuara dia akan naik tangan. Ye saya yang bodoh kerana tidak bertindak awal. Naluri ibu bapa mereka boleh rasa ada yang tidak kena.
Ayah saya selalu tanya saya okey ke dengan suami. Saya hanya jawab okey dan tetap ceria di hadapan semua orang.
Salah saya berahsia dengan keluarga sendiri demi menjaga aib suami. Siapapun tidak tahu suami saya tidak bekerja dan selalu pukuI saya.
Saya bersabar kerana saya fikir dia saudara baru Islam tanggungjawab saya untuk bimbing dia dan berkahwin dengan dia adalah pilihan saya sendiri.
Jadi saya reda dan hanya berdoa mengadu kepada Allah. Saya sedih bila dia tidak mahu solat. Dia akan tengking saya sekiranya saya ajak dia solat.
Dia adalah lelaki yang sangat ego walau saya suruh dengan cara yang lembut ajak solat bersama.
Hanya seminggu pertama perkahwinan sahaja dia solat bersama saya. Betullah sebab itu di dalam Islam menggariskan untuk berkahwin pilihlah pasangan yang beragama.
Apatah lagi untuk perempuan. Perempuan memerIukan imam sebagai ketua keluarga. Lainlah jika dapat suami yang tidak ego.
Setelah dua tahun berkahwin, kerja suami tak menentu akhirnya dia dapat kerja di sebuah hotel juga atas inisiatif saya.
Alhamdulillah saya berharap dia akan kerja lama di sini. Namun lain jadinya. Waktu tu bulan puasa, saya bawa ibu mentua saya ke bazar ramadhan.
Ibu mentua saya dah boleh terima saya tetapi masih tidak bahasakan diri emak.
Saya melayan ibu mentua seperti ibu saya sendiri hingga di dalam kereta saya biar ibu mentua duduk di tempat duduk hadapan dan saya di belakang.
Saya selalu hulurkan wang dan bawa ibu mentua shopping. Saya juga curi-curi masukkan duit kepada ibu saya di kampung tanpa pengetahuan suami kerana suami tak benarkan saya beri duit kepada keluarga saya.
Berbalik kepada tadi, di bazar ramadhan dengan kuasa Allah saya nampak suami bawa kereta saya bersama perempuan lain.
Ye saya ada dua kereta dan keduanya atas nama saya. Berdegup kencang jantung saya bagai terhenti.
Kerana sebelum itu saya dah ajak suami untuk ke bazar tetapi suami bagi tahu dia tidak boleh keluar.
Saya sememangnya dah merasa perubahan suami setelah sebulan dia bekerja di hotel itu. Ibu mentua sabarkan saya dan berkata dia akan tanya sendiri kepada suami.
Sekiranya betul suami saya ada hubungan dengan perempuan lain ibu mentua saya sendiri akan marah dia kerana ibu mentua tahu saya terlalu baik untuk anak dia.
Kes mula kecoh bila saya dapat tahu dia memang menjalin hubungan dengan perempuan itu atas alasan saya tidak mampu beri dia anak.
Perempuan itu hubungi saya dan maklumkan dia tidak tahu suami saya sudah berkahwin. Dia hampir bunuh diri bila tahu. Akhirnya dia dan suami saya dibuang kerja.
Saya tahu hubungan mereka sudah terIanjur jauh. Saya minta suami kahwin dengan perempuan itu tetapi suami tidak mengaku. Dia berjanji untuk berubah dan minta saya bagi peluang.
Ibu mentua juga pujuk saya. Saya rahsiakan perkara ini daripada sesiapa pun dan saya bagi dia peluang.
Dengan kuasa Allah saya mengandung selepas itu dan saya juga dapat tawaran sambung belajar ijazah. Suami dapat kerja di tempat lain sebagai pengurus event.
Sekali lagi saya diuji sepanjang saya mengandung suami sering tidak pulang dan adakala pulang dalam keadaan mabuk.
Katanya sebagai pengurus event dia terpaksa entertain artis ke kelab malam. Allahu.. punah hati saya.
Saya harap dia ikut landasan Islam tapi ternyata saya tak mampu nak bimbing dia. Datang balik tabiat dia suka naik tangan pada saya hingga kandungan saya tujuh bulan, saya tetap bersabar.
Bodohkan saya. Sepanjang saya mengandung juga keluarga mentua jarang ambil tahu hal saya seolah mereka tidak merestui kelahiran anak ini.
Keluarga saya sahaja yang bertanya khabar. Saya pulun belajar jarak jauh walaupun suami abaikan saya.
Akhirnya saya selamat melahirkan bayi lelaki, alhamdulillah dia adalah kekuatan saya. Mujur ketika bersalin emak ayah saya kebetulan ada di rumah saya.
Ibu mentua datang jenguk anak saya dengan wajah gembira. Saya sedih kerana selama ini saya diabaikan tetapi bila lahir anak ini barulah nampak muka.
Bertambah risau saya apabila dia kata jika di luar negara anak ini boleh pilih agama yang dia nak tapi undang-undang di Malaysia sahaja tak izinkan.
Suami pula berkata terpulang kepada anak itu mana tahu sekiranya besar nanti anak itu akan masuk agama lain seperti dia.
Mengucap panjang saya apabila dia berkata begitu. Saya nekad saya tak akan biar sesiapa ganggu saya besarkan anak saya dengan ajaran Islam.
Suami sekali lagi diberhentikan kerja seperti biasa tak pernah kekal lama bila bekerja. Saya buat personal loan dan untuk makluman dah tiga kali saya buat untuk suami sepanjang toga tahun berkahwin.
Saya bagi modal kepada suami untuk bisnes kerana mungkin suami yang ego tidak boleh bekerja dengan orang dengan harapan bisnes mampu ubah suami untuk teruskan bekerja.
Tiga bulan pertama sahaja suami bertahan selepas itu dia tetap dengan sikap malasnya.
Saya pula yang kena uruskan bisnes itu tetapi mana mungkin saya dapat fokus kerana saya juga bekerja. Akhirnya suami hanya duduk di rumah dan jaga anak.
Saya reda kerana saya pernah terbaca asalkan suami tahu tanggungjawab di rumah dan hanya isteri cari nafkah tidak mengapa.
Bodohkan saya. Suami makin malas, anak tidak terurus. Kerja rumah juga saya yang buat. Suami hanya menghadap handfon dengan group Whatssapp dia sahaja.
Tiga tahun begitu saya hanya berdoa kepada Allah. Saya juga buat loan lagi kerana tak mampu nak tanggung keluarga dengan sikap suami lepas tangan.
Akhirnya keadaan semakin rumit kami seolah-olah buat hal masing-masing walau tinggal sebumbung.
Oh ye sikap panas baran tu masih ada dan saya tetap kena pukuI hingga anak saya berusia lima tahun.
Hanya bertahan dan menangis berdoa dia atas sejadah mengharapkan perubahan suami. Keluar beriadah atau sesekali makan di luar pun walaupun ada suami seolah tiada.
Saya hanya dengan anak dan suami dengan dunia handphone dia. Anak juga rapat dengan saya berbanding suami kerana dia tidak beri perhatian kepada anak.
Saya tidak terpikir untuk tambah anak dengan keadaan begitu dan kami jarang bersama. Saya makin tidak tahan apabila rumah sewa tertunggak.
Oh ye saya ada rumah tetapi telah dijual oleh suami. Dua buah kereta saya juga ada yang ditarik dan ada yang dijual.
Bayangkan tahap susah saya ketika itu tanpa ada sesiapapun yang tahu. Tidak ada sesiapa juga yang bantu. Saya makin tertekan dan menangis di atas sejadah mohon Allah bantu saya.
Saya nekad ingin dapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama. Tetapi ambil masa perlu tunggu giliran saya hanya berdoa dan menangis.
Hinggakan nak bayar duit taska anak pun saya dah tak mampu sebab suami guna untuk ambil methadone.
Saya tetap ceria di tempat kerja kerana saya memang jenis happy go lucky. Tidak ada sesiapa tahu masalah saya. Suami saya naik tangan pada saya di hadapan ibu saya.
Sejak itu emak ayah saya tidak lagi datang ke rumah saya kerana takut menyusahkan saya. Ye ibu bapa saya nampak kesusahan saya. Allah Maha Besar.
Setelah tujuh tahun Allah dengar doa saya. Hari itu pulangnya saya dari kerja teruk saya kena dengan suami, dia tuduh saya curang.
Saya akhirnya dapat kekuatan untuk tinggalkan suami. Saya anggap itu petunjuk Allah kepada saya setelah beberapa kejadian kebetulan berlaku.
Ye saya terbaca mesej suami curang sebelum itu. Mungkin nak tutup kesalahan dia, dia tuduh saya sedangkan saya penat cari rezeki.
Saya seolah dapat kekuatan dan nekad dengan keputusan saya. Ketika itu juga suami dah lafazkan cerai talak tiga tetapi dia tak benarkan saya bawa anak.
Saya berjaya lari dari dia dan bawa anak pulang ke kampung. Dia pujuk saya tetapi hati saya dah keras dan saya tidak mahu apa-apa lagi.
Saya failkan kes di mahkamah berserta report polis dan laporan perubatan. Ketika itulah baru keluarga dan rakan-rakan rapat tahu segalanya.
Semua tidak sangka dan terkejut selama ini saya menghadapi masalah demikian.
Betapa saya mampu menjaga rahsia rumahtangga saya walau sebenarnya itu hanya atas kebodohan saya.
Saya tidak menyesal kerana saya tahu apa yang berlaku adalah aturan Allah. Lambat atau cepat Allah dah tentukan.
Seminggu lepas saya tinggalkan suami, saya dapat tahu dia letak gambar sedang berpeIukan dengan perempuan di dalam fb dia.
Itupun kawan dan saudara bagitau saya kerana saya dah block semuanya. Syukur saya tak termakan pujuk rayu dia.
Alhamdulillah saya dapat sokongan dari rakan-rakan dan mak ayah saya. Dia pada awalnya tak nak lepaskan saya hingga saya terpaksa bayar lawyer.
Akhirnya berkat doa sebaik saya keluar dari masjid saya terima mesej dia setuju untuk lepaskan saya.
Alhamdulillah.. dia kata dia ingin berkahwin dengan perempuan itu dan ingin selesai cepat. Terima kasih kepada wanita itu yang bantu saya.
Akhirnya pada bulan Mei tahun lepas saya sah diceraikan dengan talak tiga. Walaupun hakim kata kebiasaannya jarang untuk terus putuskan taIak tiga.
Hakim juga tegur bekas suami yang lafaz dalam keadaan dendam dan marah.
Tetapi mungkin hakim tahu melihat dari riak wajah saya yang tenang dan tetap tersenyum apabila disoal adakah saya setuju, saya hanya jawab setuju.
Bekas suami hanya cakap tiada persefahaman dia tak benarkan saya ungkit bab report polis dan laporan perubatan.
Saya setuju asalkan saya dilepaskan dengan cara baik. Bayangkan keadaan saya yang hanya seorang diri di mahkamah tanpa ditemani sesiapa.
Saya tidak bagitau mak ayah saya hari perbicaraan saya itu kerana saya tidak mahu mereka risau. Saya dah terlalu banyak risaukan mereka selama ini.
Saat hakim putuskan sah cerai talak tiga sikitpun tidak mengalir air mata saya mungkin kerana saya dah puas menangis selama tujuh tahun ini.
Setelah selesai barulah saya bagitau pada mak ayah saya. Alhamdulillah kes saya selesai dengan cepat tanpa tergantung lama seperti orang lain.
Saya rasa lega, gembira dan bahagia dengan anak saya. Saya tinggal di rumah mak ayah saya jadi saya tidak bersedih sangat dan layan perasaan.
Bekas suami masih menggangu saya dan akhirnya saya block. Selepas tiga minggu diceraikan, dia pun berkahwin dengan janda yang lebih tua dari dia tetapi kaya.
Info ini saya dapat dari rakan-rakan dan keluarga mentua tetapi saya cakap saya tidak kisah pun.
Keluarga mentua marah kepada bekas suami, saya pula pujuk keluarga mentua untuk terima semua ini.
Saya juga dapat sambung belajar di luar negara untuk tempoh beberapa bulan. Saya gembira walau berat hati nak tinggalkan anak saya tetapi keluarga tahu saya perlu cari diri saya semula.
Saya terima tawaran itu. Anak saya rapat dengan mak dah ayah saya. Sekali lagi saya diuji bila ayah saya pula meninggaI ketika saya di luar negara.
Saya tak sempat balik untuk lihat jenazah ayah. Betapa hancurnya hati saya. Tak sangka lepas saya bercerai, ayah pula meninggaI.
Bekas suami saya mesej saya dengan nombor lain dan bagitau kata sayalah punca ayah saya meninggaI katanya saya bawa siaI.
Saya buat tak tahu saja biar Allah yang baIas. Kini dah lapan bulan pemergian ayah yang saya kasihi, saya tahu Allah uji kerama Allah sayangkan saya, Allah sedang mengangkat darjat saya.”
Baca juga: Atuk Nenek kongsi tips hidup bahagia sepanjang 35 tahun perkahwinan