Suami Perlu Amalkan 5 Tips Kewangan ini

Suami Perlu Amalkan 5 Tips Kewangan ini.S ebagai ketua keluarga, kita kena extra kerja apabila berkaitan dengan cara pengurusan kewangan.

Kita kena lebih tahu perjalanan keluar masuk duit kita dari poket kita.

Kita perlu memikirkan bayaran rumah sewa, makanan seharian malah perbelanjaan untuk pesekolahan anak-anak kita.

Walaupun kita baru sahaja mendirikan rumah tangga atau mungkin sudah berpuluh tahun berkahwin, kewangan masih lagi menjadi keutamaan bagi suami.

Artikel kali ini membawakan kepada anda 5 tips kewangan buat suami.

*Tips Kewangan #1 : Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit*

Betul peribahasa lama ni. Kita kena belajar untuk menyimpan. Bgaaimana caranya? Susah tapi boleh buat. Kita asingkan dahulu simpanan kita. Berapa banyak? Disyorkan sebanyak 10% dari jumlah pendapatan kita. Asingkan terus, danbuat tak tahu je kewujudan simpanan kita itu. Di mana tempat paling bagus? Antaranya Fixed Deposit, beli Gold Bar atau Gold Saving Account. Latih diri untuk pejamkan mata, bulatkan hati untuk tidak mengeluarkan sebarang duit dari akaun simpanan kita itu.

*Tips Kewangan #2 : Bertindak Seperti Orang Kaya*

Bagaimana orang kaya bertindak dengan duit yang dia miliki? Dia akan laburkan kepada instrumen pelaburan yang diyakini memberi impak positif terhadap duitnya. Sekurang-kurang pelaburan itu mengatasi tahap inflasi setahun. Derrick Tan dari Association of Financial Advisers of Malaysia pernha menyatakan, pilih instrumen kewangan berdasarkan faktor ini : simpanan tetap jangka panjang, petumbuhan dana yang mampan dan kepelbagaian portfolio pelaburan. Contoh yang mungkin boleh diambilkira adalah seperti pelaburan Real Estate Investment Trust (REIT), Exchange-Traded Fund (ETF), dana amanah saham dan Private Retirement Scheme (PRS). Pastikan sebelum anda melabur di dalam instrumen pelaburan, dapatkan sebanyak mungkin maklumat dan second opinion dari perunding atau pakar pelaburan. Jangan sampai duit anda yang lebur!

*Tips Kewangan #3 : LHDN Teman Baik Anda*

Siapa pernah dapat kad birthday digital dari LHDN? Sweetkan dapat dari sebuah badan kerajaan yang tersohor. Jangan takut dengan lembaga tersebut kerana lembaga inilah yang akan membantu anda di dalam kewangan anda. LHDN telah menggariskan beberapa pelepasan cukai untuk kita pertimbangkan pada hujung tahun. Sebagai contoh pada thaun 2022, LHDN membenarkan pelepasan cukai seperti berikut:

1. Peralatan menyusu sehingga RM1000 ( 2 tahun sekali)
2. SSPN ( terhad RM8000)
3. Pendidikan (terhad RM7000)
4. Perubatan (terhad RM6000)
5. Pemeriksaaan kesihatan menyeluruh (Terhad RM1000)
6. Rawatan perubatan / penjagaan ibu bap (terhad RM8000)

*Tips Kewangan #4 : Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Cergas*

Kesihatan yang optimum membawa kita ke arah pemikiran yang waras, sekaligus mampu berfikir dengan baik di dalam pengurusan kewangan keluarga. Tak dinafikan pemakanan yang halal lagi toyyib membantu ke arah pembinaan jisim badan yang lebih ideal. Kita sangat gusar dengan peratusan pesakit diabetes di kalangan rakyat Malaysia yang sangat-sangat membimbangkan. Dikhabarkan di dalam surat khabar, dilaporkan pesakit diabetes di Malaysia merupakan kedua tertinggi di dunia! (rujukan BHarian, 8 November 2022).

Apatah lagi kita ini mungkin pendiri bisnes. Jika kita sakit, maka bisnes kita juga jatuh sakit. Kita tak nak berlaku seperti itu. Kesihatan merupakan satu benda yang sangat mahal. Laburkan sedikit dari duit kita untuk membeli peralatan sukan seperti basikal, raket badminton, kasut sukan dan lain-lain (bukan pakaian sukan tau). Anda boleh dapat pelepasan cukai melalui pembelian peralatan sukan tersebut. Gunakan sebaik mungkin peralatan itu dengan mengajak keluarga anda turut serta di dalam sukan tersebut.

*Tips Kewangan #5 : Masa Hadapan Bukan Milik Kita*

Kita kena sentiasa beringat bahawa malang tidak berbau. Kita kena sediakan kewangan mencukupi untuk menampung kehidupan seharian keluarga kita walaupun kita berada di dalam kesihatan yang meruncing, apatah lagi sekiranya kita meninggal dunia. Dapatkan nasihat dari perunding takaful untuk mendapatkan sebut harga yang kempetitif dengan status kewangan anda. Jangan biarkan keluarga anda terkapai-kapai selepas anda meninggal dunia. Kita tak tahu nasib keluarga anda di kemudian hari, adakah mereka masih mampu untuk meneruskan kehidupan atau tidak.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian mengenai tips kewangan ini mampu membantu anda menyusun struktur kewangan anda pada tahun ini.

BACA JUGA:

Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini

COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan

Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan