Menerusi kisah yang dikongsikan semula di Aplikasi X, seorang wanita akui kecewa dan terkilan dengan tindakan suaminya yang bermain kayu tiga di belakangnya.
Saya dah kahwin tiga tahun dan anak nak masuk dua. Saya bincang dengan suami nak hantar anak ke pengasuh. Kiranya nak dekat 4 bulan dah saya hantar mereka kepada pengasuh yang berusia awal 20-an. Awal-awal baik tapi minggu lepas, suami saya kantoi ada hubungan dengan pengasuh tu.
Tambah wanita ini lagi, dia hanya mengetahui kecurangan si suami selepas membaca perbualan WhatsApp lelaki itu dengan pengasuh terbabit.
Sejak bulan lepas, suami tak pernah sentuh saya. Diorang siap pernah main. Bila saya tanya dekat suami, dia cakap saya tak jaga badan, dah berisi. Macam mana nak jaga, saya kerja sebab nak jaga di dan saya baru bersalin beberapa bulan lepas.
Bila saya tanya pengasuh tu, dia cakap suami yang tergila-gilakan dia. Dia mengaku dah 8 kali main (bersama) suami.
Lebih meruntun hati apabila keluarga mentua menyalahkan dirinya dan mendakwa dia tidak tahu menjaga suami disebabkan itu suami berlaku curang.
Saya minta cerai tapi dia tak na ceraikan sebab anak masih kecil. Suami saya pun minta kahwin baru. Patut lah duit dia asyik habis, saya boleh terima dia nak kahwin lain tapi kenapa buat maksiat belakang saya. Yang budak tu cakap, suami saya mengadu yang dia sunyi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya akui simpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Mereka menasihati wanita ini agar mengumpul bahan bukti untuk tuntut fasakh.
Baca : Jiran dari neraka! Budak perempuan tak sedar kena rogol 24 kali