Foto sekadar hiasan. Hai, nama Kiwi sebab baru makan buah kiwi. Tiber. Umur 30an, masih belajar di peringkat sarjana. Semoga kisah saya boleh dijadikan pedoman untuk para pembaca dan gadis gadis di luar sana terutamanya.
Saya bercinta dengan suami sewaktu suami dan saya masih belajar degree. Kami berdua tiada apa – apa simpanan, sewaktu bertunang pun pada tahun 2016, saya belajar di peringkat sarjana pendidikan yang pertama. Yelah, waktu tu dim0mok – m0mokkan wanita akan diuji sewaktu lelaki tiada apa – apa, gituuw tag line dia.
Jadi setelah selesai sarjana saya dapat offer untuk phd, sebelum tu saya bincang dengan tunang dan akhirnya saya tak jadi sambung disebabkan kami nak berkahwin. Sebelum berkahwin saya ada confront dengan tunang, tolong jangan curang.
Saya paling tak boleh dengan ujian ni memandangkan sebelum tu ada ex dia masih bertanya khabar dan keluarga ex F kekasih sangat rapat dengan keluarga tunang saya. (Redflag pertama). Tunang saya sewaktu tu masih bekerja dengan gaji yang rendah dan saya juga bekerja jadi boleh la tampung yang mana tak cukup. (Redflag kedua).
Sewaktu bertunang ada ujian kami iaitu segi kewangan dan memandangkan keluarga saya tak kisah tentang hantaran kahwin, keluarga tunang dengan rela hati memberi hantaran sebanyak RM 10ribu. Tunang kata take it or leave it. Itupun katanya dengan pinjaman (redflag 3). Jadi, apa yang berlaku sepanjang perkahwinan kami selama 10 tahun ini adalah:
1) Sewaktu saya bekerja di sektor swasta, perbelanjaan kami dibahagikan sebanyak 50:50. Bersalin anak pertama, abah saya yang bayarkan. Suami? Hmmm. Bila anak sulung dah hampir satu tahun, kantoi pulak, suami saya curang dengan ex F (dah jadi isteri orang lain). Bermesej siap bersorry bagai dah tertidur, nak pergi mandi dan banyak lagi la.
2) Saya dapat offer goverment di selatan tanah air. Demi masa depan saya dan merawat hati yang bernanah, saya pergi juga. Dengan harapan suami akan sedar. Namun tidak, dia download apps dating, bila ke luar negara (company trip) ada gambar dia naik motosikal dengan staf perempuan di company tersebut.
3) Hasilnya saya dapat rawatan psik4tri, MDD dan sesi kaunseling bermula 2019 hingga kini untuk kuatkan semangat, anx1ety dan lain – lain. Sewaktu saya bekerja goverment, apa – apa bonus akan keluar dekat paper kan?
Haaa waktu tu la suami akan screensh0t dan hantar dekat saya. Walhal saya sendiri tak berapa endah disebabkan work load yang banyak. Suami juga banyak kali meminjam wang, 1k, 500 hampir setiap bulan. Kadang – kadang bayar dan kadang – kadang tidak. Padahal waktu ni gaji suami dah hampir 6k dan saya 5k.
4) Termengandung anak no 2 pada tahun 2021. Dah la tarikh bersalin dah dapat awal, sebab czer. Suami siap pergi kerja lagi pagi tu dan end up saya ditolak ke dewan bedah jam 3 petang tanpa sempat berjumpa suami. Dan saya sendiri yer yang bayar duit bersalin.
Sebab nak sangat bersalin di hospital GLC konon – konon first class. Czer, RM 2k untuk kos bersalin, lepastu tanggung hutang suami kad kredit selama 2 bulan sebab suami yang pegang. Nyosal den bagi kek dio. Hmmm. Dah minta pulangkan tapi tulah kucing pon dah bertanduk masih tak dipulangkan lagi. Sebab sayang kuturutkan. Ahaks.
5) Tahun 2023, kami masuk ke rumah baru. Alhamdulillah untuk itu. Saya berniat untuk sambung ke sarjana kejuruteraan dan keluarga saya menyokong penuh serta memberikan duit poket sebanyak RM 25 ribu. Suami saya meminjam RM9 ribu untuk membayar kontraktor bagi wiring dan lain – lain.
Walhal suami dah pinjam kepada boss di tempat kerja dia sebanyak RM 10k. Mana pergi duit tu? Jeng jeng jeng (menari yang viral tu). Eheks. Langit tak selalunya cerah, kantoi lagi suami pergi ke rumah family ex F. Tengok profil ex F, dah single. Sebelum ni ada married with BB.
Waktu tu saya tengah s4kit bengk4k susu dengan tangan menggeletar. Azab woih. Tapi saya percaya ada pahala yang mengalir nanti. Naluri isteri tak pernah salah. Saya meng4muk lagi dan kali ni tekad minta cerai. Kenapa kali ni?
Sebab saya tanya satu soalan. Adakah lepas ni memang takkan buat lagi curang bagai ni? Dia kata tak janji. Setempek batu kena atas kepala. Ahaks. MaIangnya saya tiada duit disebabkan dah bayar kontraktor, simpanan habis dan saya juga telah berhenti bekerja kononnya tempat isteri di sisi suami gittuw. Again, my mistake.
Bagi saya, ini adalah c4baran bila berhadapan dengan suami yang tidak pandai menguruskan kewangan ye. Bila dah minta untuk isteri uruskan belanja kewangan, suami tak bagi. Katanya hidup di kota raya menc4bar gitu. Plus pakej curang lagi. Ahaks.
Jadi, fikirlah masak – masak dulu. Perkahwinan adalah perjuangan. Kenapa saya stay lagi sebelum – sebelum ni walaupun suami dah kantoi banyak kali? Sebab dia manusia yang sangat penyabar, boleh buat kerja rumah, jaga anak – anak tapi tulah. Husnudzon tak kena tem
pat. Akhirnya diri sendiri yang makan hati dan makan tua. Hahahaha. Lesson learned. Doakan saya kuat dan dapat habiskan pengajian ini cepat – cepat dan dapat selesaikan kes fasakh nanti. Yang mana tahu peguam yang mur – mur di kawasan centre region, boleh komen ya. Terima kasih sudi membaca. – Kiwi (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
She Queen : Tolongla jadi cerdik.. bukan nak jadi mata duitan tapi dik even duit bukan segala – galanya tapi segala – galanya perIukan duit ya. So tolongla sayangi diri anda dulu. Kalau bakal suami tiada usaha nak majukan diri memang tak kemana lah dik. Takkan nak makan nasi bujang je hingga ke tua. Hidup ni kenalah buat pilihan yang betul baru tak menyesal di kemudian hari.
Marini Marissa : Bila perempuan bangkit meIawan, dik4takan inilah gambaran perempuan ahli ner4ka. Kalau macam tu gambaran lelaki ahli ner4ka tu macam mana? Yang dok pau duit isteri untuk curang dengan perempuan lain ke?
Suraya Anuar : Semoga yang lebih baik lepas ni TT. Kita bukan nak materialistic tak bertempat. Cuma perempuan kena tahu letak standard kita. Macam confession tajuk Hantaran tu laki dia sm4sh dia cakap mas kahwin dia rendah sebab tu lah nilai diri dia.
Betapa tergamak dia h1na wife dia pulak, yang sudi dengan lelaki tak berapa nak berduit macam dia. Alang – alang kalau laki kat Malaysia ni senang nak curang, baiklah dicurangi lelaki berduit dan bertanggungjwb bab duit at least kepada anak – anak.
Baca juga: “Aku berpantang di kampung, call suami nak kejut sahur sekali dengar suara perempuan angkat..”