Suara sebiji macam Sudirman, Ajai kata budak ini ada ‘barang’

Suara sebiji macam Sudirman, Ajai kata budak ini ada ‘barang’. Komposer, Ajai teruja selepas berkesempatan bertemu dengan anak muda yang baru-baru ini tular kerana memiliki suara persis penyanyi lagenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, anak muda bernama Arish Mikael ini mempunyai bakat terpendam dan kualiti suara yang baik.

Katanya lagi, dia juga sempat berkongsi ilmu bersama Arish sewaktu anak muda tersebut datang ke studionya.

Suara sebiji macam Sudirman, Ajai kata budak ini ada 'barang'

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Exist Reunion itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

“Arish @arish.mikael namanya. Berumur 19 tahun. Saya terima banyak DM di IG saya menyuruh saya mendengar nyanyian beliau

“Rezeki Allah menentukan segalanya. Dapat saya mendengar dan mencungkil apa yang ada padanya,” tulisnya.

Video berdurasi hampir seminit itu memapar Arish sedang menyanyikan lagu popular Sudirman, Hujan sambil diiringi alunan piano daripada Ajai.

Dalam pada itu, Ajai turur berharap agar Arish tidak sesekali mempersiakan bakat yang telah dikurniakan kepadanya.

Suara sebiji macam Sudirman, Ajai kata budak ini ada 'barang'

“Dia memang berbakat. Pemberian dariNYA dan dia ada barang.

“InsyaAllah kalau ada rezeki, kita ketemu lagi. Jangan persiakan bakat yang ada,” kongsinya lagi.

Terdahulu, sebuah video telah tvlar di seluruh platfrom media sosial yang memaparkan nyanyian Arish sewaktu membuat persembahan busking di sebuah kedai makan.

Anak muda yang berasal daripada Johor ini juga telah membuat penampilan istimewa di program popular, Meletop pada Selasa.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut berharap agar Arish dan Ajai dapat berkerjasama pada masa akan datang.

Komen netizen:

Tonton:

Baca:

Dapat gelaran ‘menantu dari neraka’, akhirnya Shikin Maembong bersuara

Nora luah rasa kesal di media sosial, “kena hati-hati sekarang…”

Siti Nurhaliza buat konsert percuma di kenduri kahwin, untung orang kampung…