Sudah biasa ke Genting Highland, apakata cuti kali ini ke Borneo Highland, tempat tersejuk di Sarawak.
Assalamualaikum. Anda mencari tempat penginapan yag sejuk di Sarawak? Sudah pasti anda tertanya-tanya, di Sarawak terdapatkah kawasan yang sejuk seperti Cameron Highland? Ya, Borneo Highland Resort merupakan kawasan sejuk di Sarawak. Ianya merupakan tempat menarik di Sarawak.
Resort ini terletak lebih kurang 80 km dari Kuching dan berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan. Ketinggian Borneo Highland ini adalah dalam 600 – 1000 meter dan menawarkan tarikan pemandangan indah hutan hujan tropika. Suhu di kawasan tanah tinggi ini, sekitar 16’c sehingga 28’c.
Banyak aktiviti yang boleh dijalankan di sini. Sudah pasti aktiviti yang sediakan sangat menarik. Selain dari menikmati pemandangan dari puncak Borneo, pengunjung yang bermalam di sini boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti meredah hutan, berkayak dan sebagainya seperti yang ditawarkan oleh resort.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Sudah pasti peginapan anda di sini menjanjikan suasana yang menarik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! BORNEO HIGHLANDS RESORT PENGINAPAN PERSIS BERADA DI LUAR NEGARA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
Alamat : Lorong Kota Padawan 10a, 94200 Kuching, Sarawak.
Nombor Telefon : 019-828 0790
Website : Borneo Highland Tower Sarawak
Peta Lokasi : (gambar peta)
Dapatkan Info Menarik di Borneo Highlands Resort
Aktiviti Sesuai
Antara destinasi menarik sekitar sini ialah Kalimantan Lookout Point, Taman Bunga, Taman Herba, Air Terjun menjadi destinasi kegemaran apabila berkunjung di Borneo Highlands Resort ini sambil berkelah santai di kawasan lapang menikmati pemandangan bergunung ganang dan menghirup udara segar dari tiupan angin sejuk.
Bagi peminat sukan golf atau ‘kaki’golf, pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk beraksi di padang golf Hornbill Golf & Jungle Club 18 lubang ini sambil menikmati pemandangan indah dalam cuaca yang nyaman ibarat bermain di atas awangan. Keletihan dan tekanan waktu kerja, pastinya akan lenyap apabila berada di sini.
Harga dan Kos Terlibat
Kadar yuran kemasukan adalah RM10.00 seorang dan kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma.
Apa Yang Menarik?
Anda dapat menyaksikan acara tahunan seperti Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung di kawasan tanah tinggi ini. Jika anda teringin melihat kehidupan masyarakat etnik Bidayuh, anda boleh melawat Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di kaki bukit Borneo Highland.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Borneo Highland Resort
Jom Lihat Review Pengunjung di Borneo Highland Resort
Amazingly beautiful,Great food with many vegetarian options. Daniel Thyselius.
Surrounded by natural scenery,cold climate,beautiful scenery,fresh air. Best place for relaxing. D2 D2.
Its a nice and quite cool place. Marlon Catunao Singson.
Quiet, calm and cool. Back to nature and basic. Amelia Png.
Love this place because of its spectacular view, cooler temperature, and the best part is, a beautiful waterfall with cold and crystal clear water, halfway to the place. Romeo Kary.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada humairahadi.blogspot.com , www.maisinggah.com dan mymotivations.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang dikongsi sangat membantu dalam mempromosikan Borneo Highlands Resort sebagai tempat menarik.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Borneo Highlands Resort , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Borneo Highlands Resort.
BACA JUGA:
DEFINISI ISTIHSAN DAN APLIKASINYA DALAM FIQH
Ambuyat makanan unik di Sabah, belum cuba belum tahu
Suami marah anak tak tentu pasal, ustaz scan suami dari jarak jauh akhirnya terbongkar